Tuesday, November 01, 2005

Fadhilat menghafal Al-Quran

Usrah 29 Oktober 2005; Saginuma
by yatt
rujukan : siri fadhailul amal; maulanana muhammad zakariya

Amalan membaca Al-Quran merupakan salah satu amalan yang amat2laa dituntut kepada setiap mukmin; untuk mendekatkan diri kepada Allah, serta mempelajari ilmu-ilmu yang diturunkanNya.. berpadanlah ia sebagai manual untuk manusia yang telah diamanahkan dariNya untuk kita mentadabbur dan memuliakannya..

Tapi sekarang ni kita kurang prihatin terhadap kepentingan menghafal ayat-ayat al-Quran walaupun surah-surah pendek sedangkan Allah begitu menuntut hamba2Nya menghafaz ayat2Nya serta telah menjanjikan ganjaran yang besar bagi para hafiz. Kali ni kita kongsi sama2 fadhilat bagi orang-orang yang menghafaz al-Quran.

Hadis 1


Ali ra berkata bahawa Rasulullah saw bersabda;
"Barangsiapa membaca Al-Quran dan menghafalnya dan menganggap bahawa perkataan-perkataanNya yang halal
adalah tetap halal dan yang haram tetap haram akan dimasukkan ke dalam jannah oleh Allah yang Maha Kuasa yang juga menerima syafaatnya kepada sepuluh orang daripada ahli keluarganya yang akan dicampakkan ke dalam neraka."

Setiap mukmin dijamin syurga dengan rahmat Allah sungguhpun dia akan disiksa atas segala dosa2 nya yang terdahulu.. namun bagi seseorang hafiz, akan diberikan keutamaan ini dengan memasukkannya awal2 lagi.. dan 10 orang daripada ahli keluarganya (yg tidak mensyirikkan Allah) akan diberikan syafaatnya.

Peringatan untuk diri kita sendiri; sekiranya tidak mampu menghafal al-Quran sebaiknya berusaha menjadikan salah seorang ahli keluarga kita sebagai hafiz .. (so ada anak2 nanti pakat hantar tahfiz!) Semoga Allah merahmati dengan nikmatNya yang lebih banyak lagi.

Hadis 2

Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda;

"Belajarlah al-Quran dan bacalah ia kerana seseorang yang belajar al-Quran, membacanya dan menyebutnya di dalam solat tahajud adalah seumpama suatu bekas yang terbuka yang penuh dengan kasturi; baunya semerbak merebak ke seluruh tempat itu dan seseorang yang telah belajar al-Quran tetapi tidur sementara al-Quran berada dalam hatinya, adalah seumpama bekas yang penuh dengan kasturi
tetapi mulutnya tertutup"


Ini bermaksud bahawa seseorang yang mempelajari al-Quran dan menjaganya dgn membacanya di dalam solat tahajjud adalah sebagai bekas kasturi, yang mana jika dibuka akan semerbaklah baunya seluruh tempat di rumahnya dengan bau yang harum..masyaAllah! dalam keadaan yang sama, keseluruhan rumah itu juga akan disinari dengan kegemerlapan dan kemewahan disebabkan bacaan daripada seorang hafiz..

Hadis 3
Abdullah ibn Abbas ra meriwayatkan hadis Rasulullah saw;
"Seseorang yang tidak ada sebahagian pun Al-Quran di dalam hatinya adalah seumpama rumah yang ditinggalkan kosong."

rumah yang ditingggalkan kosong boleh diibaratkan seperti "otak manusia yang tidak bekerja adalah tempat syaitan bekerja" .. begitulah juga hati manusia yang tidak ada langsung al-Quran akan mudah dikuasai syaitan. Ketegasan diperlihatkan dalam menghafal al-Quran agar hati sentiasa diisi dengan kalimah2 Tuhan..

dari Abu Hurairah ra;
"Rumah yang mana Al-Quran itu dibacakan ahli rumah itu bertambah, kelebihan dan rahmat berlipat ganda, para malaikat akan mengerumuni mereka dan para syaitan akan meninggalkan rumah itu. Sementara rumah2 yang tidak dibacakan al-Quran, kehidupan mereka akan menjadi tegang dan hilang keberkatannya, para malaikat meninggalkan rumah itu dan syaitan bermaharajalela di dalamnya"

...jom sama2 kita perbanyakkan hafazan! jom sama2 terangkan rumah dengan bacaan2 al-Quran..

tsugi no usrah made no shukudai - hafazan sehingga Al-Ikhlas ye adik2 sume
Posted by author at 2:59 PM
Archives
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
April 2006
July 2006
November 2006
May 2008
Recent Posts
Pintu-pintu Kebaikan dan Laluan Petunjuk
Kuliah online 15 Oktober 05 with sya
Hafazan


Surah An-Naba' : Saad al Ghamidi


Surah An-Naazi'aat : Saad al Ghamidi


Surah 'Abasa : Saad al Ghamidi


Surah At-Takwir : Saad al Ghamidi


Surah Al-Infithaar : Saad al Ghamidi


Surah Al-Muthaffifin : Saad al Ghamidi


Surah Al Insyiqaaq : Saad al Ghamidi


Surah Al Buruuj : Saad al Ghamidi


Surah Ath Taariq : Saad al Ghamidi


Surah Al A'laa : Saad al Ghamidi


Surah Al Ghaasyiyah : Saad al Ghamidi


Surah Al Fajr : Saad al Ghamidi


Surah Al Balad : Saad al Ghamidi


Surah Asy-Syams : Saad al Ghamidi


Surah Al Lail : Saad al Ghamidi


Surah Adh Dhuhaa : Saad al Ghamidi


Surah Al Insyirah : Saad al Ghamidi


Surah At-Tiin : Saad al Ghamidi


Surah Al 'Alaq : Saad al Ghamidi


Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com