Saturday, December 03, 2005

ZAID BIN HARITSAH

Rasulullah berdiri melepas tentera Islam yang akan berangkat menuju menuju medan Perang Mut'ah melawan orang Romawi. Sabdanya..

"Kalian semua berada di bawah pimpinan Zaid bin Haritsah! Seandainya dia tewas, akan diambil oleh Ja'far bin Abi Talib dan seandainya tewas juga, maka hendaklah dipegang oleh Abdullah ibnul Rawahah"


SIAPAKAH ZAID BIN HARITSAH ITU? Thinking
BAGAIMANAKAH ORANGNYA? Sneaky

Camel


Bermula perjalanan hidup, berpisah dari ibu bapa ketika dirompak dalam perjalanan pulang ke kampung ibunya. Dijual di pasar 'Ukadz dan dibeli oleh Hakim bin Hizam yang kemudian menyerahkannya kepada makciknya iaitu Siti Khadijah yang waktu itu sudah menjadi isteri kepada Muhammad bin Abdullah (sebelum diangkat menjadi Rasul).Zaid kemudian diberikan kepada Rasulullah sebagai pelayan baginda dan baginda dengan senang hati memerdekakannya dan diasuh serta dididik dengan segala kelembutan dan kasih sayang seperti anak sendiri.

Pouty

Bapa mana yang tidak risau bila anaknya hilang..ibu mana yang tidak tangisi ketiadaan anak yang dikandung 9 bulan di sisi...Setelah mengetahui di mana Zaid berada, pencarian bertahun lamanya seorang ayah berakhir. Sewaktu berdepan dengan Rasulullah meminta kembali anak yang dirindui, Haritsah berkata "Wahai Ibnu Abdul Mutalib, wahai putera dari pemimpin kaumnya, anda termasuk penduduk Tanah Suci yang selalu membebaskan orang yang tertindas, yang suka memberi makanan kepada tawanan, kami datang ini ingin meminta kembali anak kami. Sudilah kiranya menyerahkan anak itu kepada kami dan bermurah hatilah menerima wang tebusan seberapa adanya"

Roll

Antara rasa kasih sendiri terhadap Zaid dan hak seorang ayah terhadap anaknya, Rasulullah membalas, "Panggillah Zaid ke sini untuk memilih sendiri. Andainya dia memilih anda, maka akan dikembalikan kepada anda tanpa tebusan. Andainya dia memilihku, maka Demi Allah aku tidak mahu menerima tebusan dan tidak akan menyerahkan orang yang telah memilihku.""tiada lain pilihanku kecuali kamu. Kamulah ayah dan kamulah pakcikku"Itulah pilihan yang dibuat Zaid yang membuatkan mata Rasulullah basah kerana terharu dan bersyukur.

Mosque

Hidup diabadikan demi Islam. Kekuatan Islam yang pernah maju ke medan Perang Al-Jumuh panglimanya adalah Zaid. Kekuatan askar-askar Islam yang bergerak maju ke medan pertempuran At-Tharaf, Al-'Ish, Al-Hismi, dan lainnya, panglima pasukan juga adalah Zaid bin Haritsah. Sehinggakan 'Aisyah r.a pernah berkata,"setiap Nabi mengirimkan Zaid dalam satu pasukan, pasti dia diangkat menjadi panglimanya". Akhirnya datanglah Perang Mut'ah. Rasulullah tahu erti penting dan bahaya perang ini. Oleh itu baginda sengaja memilih tiga panglima yang di waktu malam bertaqarrub mendekatkan diri kepada Allah dan di waktu siang pendekar pejuang pembela Islam.

Horse

Di depan sekali Zaid tangkas, memegang teguh panji Rasulullah mara menuju pihak lawan. Bukan kemenangan semata, tetapi janji Allah yang dicari. Zaid tidak sempat melihat pasir Balqa' Romawi tetapi terus terbayang keindahan taman-taman syurga. Akhirnya Zaid gugur sebagai shuhada'. Roh yang dalam perjalanan ke syurga tersenyum bangga melihat jasad tidak berbungkus sutera mahal tetapi hanya berbalut darah suci yang mengalir fisabilillah. Senyuman semakin melebar melihat tentera kedua pantas maju ke depan untuk menyambut panji yang dipegangnya sebelum jatuh ke tanah...

Semoga Zaid bahagia di sana...Aminn...

Posted by mE_i_SaYa at 5:54 AM

Thursday, December 01, 2005

Program Hujung Minggu ni ...

Salam sume .. hujung minggu ni ada program anjuran komuniti Indonesia di Komaba (Sabtu) dan Meguro (Ahad).. sape yang berminat leh aa join .. aturcara nyer ada kat bawah... utk daftar (kalau nak bento ..500yen) masuk DAFTAR. Maklumat lanjut boleh lawat SINI.

Yang menarik dalam acara ni depa jemput penulis2 terkenal dari Indonesia.. Muhammad Fauzil Adhiem dan Helvy Tiana Rosa.. mm sape yang biasa baca buku2 terbitan pustaka Indonesia yang kat surau Tokodai tu cam laa kot ..

Komaba International Students House, Multi Purpose Hall, 3 Desember 2005

09.30 - 10.00 : Registrasi
10.00 - 10.20 :Sekadar Kata dari Ketua Panitia dan Ketua FLP Wilayah Jepang
10.20 - 10.30 : Pembukaan acara oleh Dubes RI (atau yang mewakili)
10.30 - 12.00 : Bakar Sate (Bahas Karya Sambil Telaah)Ngobrol Santai Kepenulisan bareng Lily Yulianti-NHKCERPEN: Pencuri Buku (Ummuthoriq)CERPEN: Kidung Momiji (Arida Istiarti)
12.00 - 13.00 : Makan siang dan sholat Zuhur
13.00 - 13.30 : CilukBa Live
13.30 - 16.00 : Bistik Tumis (Bisik-bisik Tulis Menulis)
13.30 - 14.30 : Kiat Tulis Menulis bersama Helvy Tiana Rosa
14.30 - 15.00 : Sholat Ashar
15.00 - 16.00 : Kiat Tulis Menulis bersama Muhammad Fauzil Adhiem
16.00 - 16.30 : Diskusi

Sport Hall Sekolah Republik Indonesia Tokyo, 4 Desember 2005

09.30 - 10.00 : Registrasi
10.00 - 11.00 : Seputar Forum Lingkar Pena bersama Helvy Tiana Rosa
11.00 - 11.30 : Diskusi
11.30 - 12.30 : Makan siang dan sholat Zuhur
12.30 - 13.45 : M.Fauzil Adhiem Bicara Nikah
13.45 - 14.30 : Diskusi
14.30 - 15.00 : Sholat Ashar
15.00 - 16.00 : Apresiasi Seni- Lomba Puisi Anak-anak- Pembacaan Puisi bersama mahasiswa Jepang
16.00 - 16.05 : Pengumuman Pemenang Lomba Puisi
15.05 - 16.20 : Doa Penutup
16.20 - 16.30 : Penutupan acara
Posted by author at 1:40 PM
Archives
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
April 2006
July 2006
November 2006
May 2008
Recent Posts
Insyirah 02/08
Buat puteri-puteri tersayang..
Syeikh Ahmad Yassin
pinjam ruang sikit..tarikh: 11 Feb 2005 @ saginuma...
Prolog: satu kelahiran agung
lahwal hadis..
Lil Mukhsinin
RETAK
minggu nih ..
buktikan kecintaan kita padanya .. satu muqaddimah
Hafazan


Surah An-Naba' : Saad al Ghamidi


Surah An-Naazi'aat : Saad al Ghamidi


Surah 'Abasa : Saad al Ghamidi


Surah At-Takwir : Saad al Ghamidi


Surah Al-Infithaar : Saad al Ghamidi


Surah Al-Muthaffifin : Saad al Ghamidi


Surah Al Insyiqaaq : Saad al Ghamidi


Surah Al Buruuj : Saad al Ghamidi


Surah Ath Taariq : Saad al Ghamidi


Surah Al A'laa : Saad al Ghamidi


Surah Al Ghaasyiyah : Saad al Ghamidi


Surah Al Fajr : Saad al Ghamidi


Surah Al Balad : Saad al Ghamidi


Surah Asy-Syams : Saad al Ghamidi


Surah Al Lail : Saad al Ghamidi


Surah Adh Dhuhaa : Saad al Ghamidi


Surah Al Insyirah : Saad al Ghamidi


Surah At-Tiin : Saad al Ghamidi


Surah Al 'Alaq : Saad al Ghamidi


Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com