Tuesday, November 29, 2005

Sembang-sembang - isu Wahabi

Dalam usrah lepas, kita sempat bangkitkan isu Wahabi ... bila timbul dakwaan meluasnya fahaman Wahabi di institusi-institusi pengajian tinggi di tanah air.. media tanah air menggambarkan perkembangan ini sbgai satu masalah yang serius kerana bimbang berlakunya penyelewengan atas agama khususnya di kalangan cendekiawan..

Fahaman wahabi seperti yang digambarkan oleh media ialah golongan yang meringankan amalan... mengambil mudah dalam ibadah.. tapi benarkah Wahabi ini menyeleweng dari agama?... sebelum kita label siapa salah siapa benar, penting utk kita kenal dulu siapa dan apa dia Wahabi yang disebut2 nih..

Istilah wahabi sebenarnya bukan istilah baku dalam literatur Islam. Dan pengindentifikasian wahabi kepada sebagian umat Islam pun kurang objektif.

Kata `Wahabi` bila kita runut dari asal katanya mengacu kepada tokoh ulama besar di tanah Arab yang bernama lengkap Syeikh Muhamad bin Abdul Wahhab At-Tamimi Al-Najdi (1115-1206 H atau 1703-1791 M). Beliau lahir di Uyainah dan belajar Islam dalam mazhab Hanbali. Belliau telah menghafal Al-Quran sejak usia 10 tahun. Dakwah beliau banyak disambut ketika beliau datang di Dir`iyah bahkan beliau dijadikan guru dan dimuliakan oleh penguasa setempat sat yaitu pangeran Muhammad bin Su`ud yang berkuasa 1139-1179. Oleh pangeran, dakwah beliau ditegakkan dan akhirnya menjadi semacam gerakan nasional di seluruh wilayah Saudi Arabia hingga hari ini.

Pokok ajaran Muhammad bin Abdul Wahhab Sosok Muhammad bin Abdul Wahhab menjadi pelopor gerakan ishlah (reformasi) yang muincul menjelang masa-masa kemunduran dan kebekuan berpikir pemikiran dunia Islam sekitar 3 abad yang lampau atau tepatnya pada abad ke-12 hijriyah. Dakwah ini menyerukan agar aqidah Islam dikembalikan kepada pemurnian arti tauhid (mengEsakan Allah) dari syirik dengan segala manifestasinya.

Sementara fenomena umat saat itu sungguh memilukan. Mereka telah menjadikan kuburan menjadi tempat pemujaan dan meminta kepada selain Allah. Kemusyrikan merajalela. Bid`ah, khurafat dan takhayyul menjadi makanan sehari-hari. Dukun, ramalan, sihir, ilmu ghaib seolah menjadi alternatif untuk menyelesaikan berbagai persoalan dalam kehidupan umat Islam.

Muhammad bin Abdul Wahhab saat itu bangkit mengajak dunia Islam untuk sadar atas kebobrokan aqidah ini. Beliau menulis beberapa risalah untuk menyadarkan masyarakat dari kesalahannya. Salah satunya adalah kitabuttauhid yang hingga menjadi rujukan banyak ulama aqidah.

Dakwah Muhammad bin Abdul Wahhab ini kemudian melahirkan gerakan umat yang aktif menumpas segala bentuk khurafat, syirik, bid`ah dan beragam hal yang menyeleweng dari ajaran Islam yang asli. Mereka melarang membangun bangunan di atas kuburan, menyelimutinya atau memasang lampu di dalamnya. Mereka juga melarang orang meminta kepada kuburan, orang yang sudah mati, dukun, peramal, tukang sihir dan tukang teluh. Mereka juga melarang tawassul dengan menyebut nama orang shaleh sepeti kalimat bi jaahi rasul atau keramatnya syiekh fulan dan fulan.

Dakwah beliau lebih tepat dikatakan sebagai dakwah salafiyah. Dakwah ini telah membangun umat Islam di bidang aqidah yang telah lama jumud dan beku akibat kemunduran dunia Islam. Mereka memperhatikan pengajaran dan pendidikan umum serta merangsang para ulama dan tokokh untuk kembali membuka literatur kepada buku induk dan maraji` yang mu`tabar, sebelum menerima sebuah pemikiran.

Mereka tidak mengharamkan taqlid (amalan ikutan) namun meminta agar umat ini mau lebih jauh meneliti dan merujuk kembali kepada nash dan dalil dari Kitabullah dan sunnah Rasulullah SAW serta pendapat para ulama salafus shalih.

Jadi, yang perlu kita ambil iktibar sekarang ialah membersihkan amalan kita daripada bid'ah dan taqlid buta.. sebab masyarakat Islam sekarang ni kebanyakannya beramal dengan kebiasaan .. sehingga menyebabkan mereka taksub dengan sesuatu amalan sedangkan ia tidak ada dalam syariat juga bukan dari sunnah Rasulullah.. yang paling kita takuti jika amalan itu bertentangan dengan syariat .. na'uzubillahi min zalik (semoga Allah menjauhkan kita daripadanya)..

Kembali semula pada al-Quran dan sunnah .. itulah penyelesaiannya... macam mana nak tahu mana salah mana betul?.. kenalah usaha belajar, tambah ilmu ... biarlah kita beramal dengan ilmu.. jangan taqlid buta je.

(kalau ada pape tak faham tanye ye..)
Posted by author at 10:55 PM

Tiada kompromi atas aqidah : Tafsir Al-Kafirun

Kaum-kaum kafir Quraisy ni sebenarnya dah mula give up, frust sebab Muhammad saw taknak stop dakwah pada Islam.. yelah mana depa tak heran.. depa dah offer pangkat Muhammad tolak .. harta pun baginda taknak .. wanita pun kena reject gak .. dalam hati mereka, Muhammad ni dah gila agaknya ..sanggup dia tolak semua yang menjadi rebutan manusia kerana ISLAM !

Muhammad saw bersabda;
"Walaupun mereka letakkan matahari di sebelah kananku, dan bulan di sebelah kiriku, aku sekali-kali tidak akan berundur dari urusanku ini sehinggalah Allah memenangkannya atau aku sendiri binasa kerannya"

Allahu Akbar!

Tidak mampu dinafikan lagi .. Muhammad saw membawa agama yang benar .. namun di hati-hati golongan kafir Quraisy ini tetap ada kecintaan pada kedudukan mereka .. yang menyebabkan mereka tidak mahu beriman kepada ajaran yang dibawa oleh Muhammad..

Jadik depa pun fikirlah .. apa lagi yang boleh ditawarkan kepada Muhammad saw agar dia dapat berenti daripada menyeru masyarakat Mekah mentauhidkan Allah ..

Pergilah mereka pada Muhammad .. dan cadangkan agar Muhammad try sembah berhala2 mereka dalam satu tempoh sementara mereka pulak try sembah Allah .. kata mereka lagi.. kalau dalam tempoh tu Muhammad temui kebaikan padanya, terserahlah kepadanya..

tengoklah betapa lemahnya pendirian mereka ..

Tapi Allah terus turunkan pada Muhammad saw... tidak ada kompromi bagi tawaran mereka ini.. dan golongan2 kafir ini tidak akan beriman kepada Allah..

Qul yaa ayyuhal kafiruun (1)
Katakanlah (Muhammad), Wahai orang-orang kafir

Laa a'buduma ta'budun (2)
Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah

Walaa antum 'abiduu namaa a'bud (3)
dan kamu tidak menyembah Tuhan yang aku sembah

Katakanlah wahai Muhammad kepada orang kafir yang anjal dengan kekufuran mereka.. mereka ini tidak mempunyai apa-apa kebaikan dan tiada harapa akan beriman .. katakan kepada mereka .."Aku sama sekali tidak akan menyembah tuhan2 yang kamu jadikan perantara kepada Allah. Kamu menyembah tuhan berhala dan patung. Sedangkan aku menyembah Allah yang Maha Esa, tiada yang setara denganNya.. tiada apa yang menjadi perantara kepadaNya.. terlalu jauh beza antara Tuhan yang aku sembah dengan tuhan yang kamu sembah. Maka aku sama sekali tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak akan menyembah Tuhan yang aku sembah"

Walaa ana 'abidummaa 'abadtum (4)
Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah

Walaa antum 'abiduunamaa a'bud (5)
Dan kamu pula tidak pernah menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah

Ayat 4 dan 5 pula menekankan perbedaan dalam ibadat. Ibadat Nabi adalah suci murni, tidak dikotori dengan syirik dan tidak disertakan dengan alpa tentang sembahan ..sementara ibadat kaum kafir semuanya dipenuhi dengan penyekutuan dan perantaraan tanpa beramal .. bagaiman ia mungkin ia boleh bertemu ... mustahil utk Nabi menerima tawaran mereka!

Begitulah letaknya aqidah yang benar.. sesekali tidak ada ganti bagi Allah.. tidak ada sekutu baginya ..

.. dan kesimpulan yang mudah ...

Lakum diinukum waliyadiin (6)
Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.
Posted by author at 7:36 PM

Muslim - mencari pulang harta paling bernilai yang hilang

27 November 2005
Oyamadai ..

Syukur dipanjatkan pada Allah atas nikmatNya mempertemukan hati-hati yang berkumpul hanya untuk mencari keredhaan dan kecintaanNya ..

Alhamdulillah .. atas nikmatNya .. syukur ya Allah kerana sentiasa mengingatkan hati-hati kami atas nikmatMu yang paling berharga .. nikmat Islam dan Iman .. nikmat menjadi seorang muslim.. kerana sesungguhnya nikmat itu lebih berharga daripada jiwa-jiwa kami..
Alyauma akmaltulakum diinakum wa atmamtu 'alaikum ni'mati warodiitulakumul islamadiina (Al-Maidah : 3)
"..pada hari ini telah kusempurnakan agamamu, telah kucukupkan padamu nikmatKu, dan telah Aku redha Islam sebagai agamamu."

Banyaknya umat Islam kini yang tidak sedar nikmat iman dan islam .. mereka mengaku muslim dengan menjunjung aqidah yang senget .. mereka mengaku muslim kerana mereka mengambil separuh dari Islam.. sedangkan dalam banyak perkara mereka ingkar terhadap perintah Allah..sedangkan dalam sekian-sekian hal mereka mengambil jalan-jalan yang Allah murkai.. sesungguhnya mereka berDUSTA apabila mereka mengaku seorang MUSLIM.

Muslim bukanlah satu bangsa.. muslim bukan satu keturunan, muslim bukan nama yang boleh ditukar ganti .. muslim bukan hanya satu pengakuan .. tapi ada ukuran ..

Muslim adalah mereka yang mengambil Islam sebagai pegangan, mengakui kehambaan terhadap Allah.. membenarkan dua kalimah syahadah dengan sepenuh jiwa..

Justeru itu yang membuatkan Muslim beda dari Kafir ... itulah juga yang menyebabkan Allah meninggikan darjat orang-orang Muslim dengan menjanjikan syurga dan segala kenikmatannya kepada orang-orang muslim sedangkan golongan kafir tempatnya di neraka yang penuh kehinaan..

Golongan kafir ialah mereka yang kufur nikmat Allah .. mereka yang jahil akan siapa tuhan mereka ... mereka menerima nikmat daripada Allah namun mereka ingkar terhadap perintahNya kerana kejahilan mereka . justeru Allah menjanjikan azab maha berat bagi mereka di neraka Jahannam..

Yang menjadikan beda muslim dengan kafir ialah pengetahuan .. bagaimana kita boleh menjadi seorang muslim yang sejati kalau kita tak kenal Allah, kalau kita tidak kenal Islam .. bagaimana kita ingin mengamalkan syariat kalau kita sendiri jahil tentangnya .. sebab itulah dalam Islam ... Allah mewajibkan umatnya menimba ilmu pengetahuan .. kerana ilmu ini yang akan jadi petunjuk untuk kita membezakan yang mana haq yang mana batil ..

Allah telah turunkan Al-Quran sebagai furqan (pembeda), sebagai petunjuk kepada kita .. Allah tidak zalim untuk menghukum hamba2Nya tanpa memberikan peringatan atau petunjuk .. sebaliknya Allah telah ajrkan pada kita dua jalan .. jalan menuju syurga dan satu lagi menuju neraka .. kemudian kebebasan pada manusia untuk memilih .. (al-Lail : 5~10)

Renung kembali nasib umat Islam kini ... muslim di seluruh dunia tidak lagi berada di puncak kekuasaan sebaliknya menjadi bahan hinaan dan amat rendah duduknya.. sana-sini kita dengar cerita saudara2 muslim ditindas dan dizalimi .. kenapa jadi begini .. sedangkan Islam agama yang benar ... bukankah Allah berjanji dalam Al-Quran, pertolongan bagi orang-orang beriman ..

Cubalah kita lihat .. adakah kita mengamalkan Islam yang benar ... adakah muslim yang banyak bilangannya itu boleh diakui muslim dalam daftar Allah .. ? Tidak .. ramai kini yang mengaku muslim .. tak makan khinzir tapi telanjang di depan umum ... solat 5 kali sehari tapi masih berjudi .. agama mereka separuh .. tidak seluruh ..

Yang lebih menyedihkan golongan yang mengaku muslim namun tidak satu pun pada diri mereka yang menjadikan mereka berbeza dengan golongan kafir!

Tiada kefahaman pada agama .......

Inilah harta yang hilang daripada Muslim ... inilah yang menyebabkan orang-orang muslim sekarang berada pada taraf yang rendah .. inilah yang menyebabkan musuh2 kita semakin berani menindas..

Bangkitlah ..cari semula harta yang hilang ... kembalikan muslim pada aqidah yang lurus, ibadah yang sahih .. kefahaman yang benar .. kembalikan mereka pada Islam, pada Allah, dengan petunjuk dari Al-Quran serta ajaran Rasulullah saw.

InsyaAllah kita tak akan sesat selagi kita berpegang pada Al-Quran dan sunnah
Rasul .
Posted by author at 6:58 PM

Tafsir Al-Imran 1~15

27 November 2005
Oyamadai

Jom tadabbur Aali-Imran 1~15 sat .. syukuri petunjuk yang Allah sediakan pada kita .. Al-Furqan; yang menjadi pembeda antara yang haq dan yang batil.. patutkah kita pertikaikan petunjuk yang didatangkan daripada Maha Pencipta? .. sedangkan Dialah yang menguruskan kehidupan manusia; yang mengetahui setiap rahsia di bumi dan di langkit ..

Afala yatadabbaruunal qur'an...?
Malangnya kita manusia.. tidak mahu mempelajari isi-isi Al-quran.. yang Allah turunkan kepada umat Muhammad saw untuk menjadi pegangan kepada manusia hingga akhir zaman .. tidak ada yang boleh mengambil pengajaran kecuali orang2 yang berakal ..

Usahlah kita mencontohi orang-orang kafir.. yang bagi mereka kepuasan pada harta dunia, keturunan, perhiasan ... sedangkan semua itu tidak berguna pada kita di hari pembalasan .. Mereka mendustakan ayat2 Allah sedangkan telah datang petunjuk bagi mereka .. bagi mereka azab Allah yang berat ..

Allah menguatkan barisan orang-orang beriman terhadap orang-orang kafir .. justeru yakinilah janji2 Allah, jangan gentar untuk berjuang di jalanNya .. bagi orang2 yang bertaqwa.. syurga Allah dan segala kenikmatanNya menanti di sana ....

Biarlah kita mendapat kemurkaan manusia kerana mencari redha Allah .. kerana amat celaka bagi mereka yang mencari redha manusia dengan mendapat kemurkaan Allah !

Rabbana latuzighqulubana ba'daizhadaitana wahablana minladunkarahmah innaka antal wahhab (8)
Ya Allah, janganlah Kau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Kau berikan petunjuk kepada kami, kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, sesunggunya Engkau Maha Pemberi.
Posted by author at 6:40 PM

Ukhuwwah - hati dan jiwa yang ditautkan dengan aqidah

Salam semua ...

Ingat lagi tak apa yang ummi cerita masa tazkirah Subuh masa usrah ..

13 November 2005
Saginuma

Surah An-Anfal : 63 .. Allah berfirman dalah ayat ni, maksudnya .. walaupun kamu membelanjakan seluruh kekayaan yang ada di bumi, niscaya kamu tidak akan dapat mempersatukan hati mereka..

Allah Maha Perkasa lagi Bijaksana.. mempersatukan hati orang-orang beriman.. Allahu Akbar!

Cantik tak apa yang Allah sebutkan dalam ayat tadi.. Dia mempersatukan ikatan persaudaraan antara mukmin kerana keimanan mereka.. itulah mukjizat kaum mukminin!

Al-Quran menegaskan ikatan ini tidak akan terjadi tanpa landasan iman dan kekuatan aqidah.. dan inilah ikatan asas yang dapat menyatukan dan meneguhkan muslimin.. Ikatan ini tidak dibatasi sempadan negara, batasan bangsa, keturunan mahupun kekuatan materi.. sebaliknya tertegak dengan iman dan taqwa .. itulah ukhuwwah

Cuba kita renung ayat 9 surah al-Hasyr.. ingat tak kisah kaum Muhajirin (kaum Islam Mekah yang berhijrah ke Madinah) dan Ansar (muslimin Madinah)..? dalam ayat ni kita dapat lihat macam mana kaum Muhajirin ini disambut oleh orang-orang Ansar... apabila Muhajirin tiba, mereka disambut dengan penuh kecintaan, orang2 Ansar memberikan harta-harta mereka kepada Muhajirin.. tanpa rasa sedikit pun gusar terhadap apa yang mereka berikan kepada Muhajirin.. mereka masa tu pun bukanlah daripada golongan yang mewah.. tapi mereka sanggup berikan harta mahupun isteri2 mereka pada saudara2 Muhajirin .. sementara dalam hati mereka tidak sedikit pun menginginkan apa yang telah mereka berikan ... !

Kalau ikutkan mereka tidak saling mengenali sebelum hijrah .. tapi ikatan yang terjalin kerana IMAN telah melahirkan ITHAR dalam diri mereka.. Ithar ni maksudnya melebihkan saudara lebih daripada diri sendiri .. inilah tingkatan ukhuwwah yang paling tinggi..!

Macam nilah nilai persaudaraan dalam Islam... sifat beginilah yang akan menyatukan umat Islam; yang akan membuatkan musuh2 Islam gerun pada kita .. tapi adakah kita pada hari ini sedar pentingnya ukhuwwah? Boleh check diri sendiri sama ada kita peka terhadap kebajikan saudara-saudara kita.. adakah kita ambil berat pada mereka? Pernah kah kita hulurkan bantuan pada mereka, ataupun kita masih buat tak tahu pada kesengsaraan mereka ...

Ingatlah, tiada kesatuan tanpa kasih sayang.. itulah rahsia kekuatan kita, tunggak kejayaan kita.. Syaitan sering ingin mewujudkan perselisihan; memecahbelahkan namun dengan adanya kejernihan ukhuwwah, Allah tetap akan mempersatukan hati-hati..
Al-Anfal 46 : berbantah-bantahan punca hilang semangat dan kekuatan ..

Harap anak-anak ummi pun dapat praktikkan, saling takaful dan ta'awun; saling bantu dan mengingatkan antara satu sama lain .. tingkatan ukhuwah yang paling rendah ialah kita bersangka baik pada saudara kita (husnudzon) .. sentiasa bersikap lapang dada terhadap saudar seislam..Firman Allah swt maksudnya "orang mukmin itu (lelaki dan perempuan) sebahagiannya menulong sebahagian yang lain"..

Beginilah sepatutnya .................................
Posted by author at 6:04 PM

Monday, November 14, 2005

Terima kasih anak-anak ummi..

barisan pertama : ina, zie, halimah, azra, ziah, hanum
barisan kedua : ayu, hanis, aniey, connie, ros
barisan ketiga : nor, iman, oja
11 Syawal 1426H; Saginuma
Terima kasih pada anak-anak ummi; hanis, yati, halimah, nida, kak e; juga along n maiza yang penat datang bantu ummi hujung minggu lepas; semoga urusan selanjutnya sentiasa dipermudahkan Allah.
Sayang anak-anak ummi!
(tak sempat lg nak ambil gambar raya usrah kita kan....)
Posted by author at 1:23 PM

Tuesday, November 08, 2005

Meh anak2..balik raya umah ummi!

assalamualaykum anak2 ummi..
hopefully kita dapat jumpe lagi this weekend ye, insyaAllah;
Tempat : rumah ummi
Tarikh: 12 November 2005
Masa : b4 shuden..
Macam 2 minggu lepas, anak2 datang jelaa pukul berapa pun Sabtu tu, ummi tak kisah.. sebab kita mula liqa' lepas Subuh.. then boleh tolong ummi masak2 open house kat rumah kita ni haa....
moga Allah lancarkan segala urusan.
Posted by author at 6:41 PM

Friday, November 04, 2005

Dermawan Makin Kaya

"Orang-orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah, kemudian tidak mengiringinya dengan menyebut-nyebut pemberiannya, dan tidak pula dengan kata-kata yang menyakitkan, mereka memperoleh pahala di sisi Allah. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati". (QS. Al-Baqarah 262)

Hari ni ummi nak cerita pasal dermawan yang makin kaya.. kisah orang2 yang semakin dilimpahi rezeki apabila ia sering membelanjakan hartanya untuk kepentingan orang lain..

Macam kita ni, alhamdulillah dikurniakan rezeki yang melimpah, senang ada biasiswa, kalau yang baito bertambah lagilah.. tapi dalam senang2 kita ni sebenarnya ada juga saudara-saudara kita yang susah dan miskin, kita perlu ingat juga pada mereka.. Sebab itu dalam Islam; agama yang berteraskan kasih-sayang ni Allah tegaskan bahawa dalam harta seseorang tu ada bahagian orang lain yang tidak berupaya; sekalipun mereka tidak memintanya.. macam yang disebut dalam firman Allah swt;

"Dalam harta mereka (yang berpunya) terdapat hak yang diakui sah bagi yang (tidak berpunya dan) meminta, serta yang berhajat tapi tidak meminta". (QS. Al-Ma'arij, 24-25).

Sebab tu lah bagi orang2 yang beriman Allah perintah utk keluarkan zakat, infaq, sedeqah dan wakaf bukannya utk memberat-beratkan tapi untuk membersihkan diri dan harta.. Ingat tak lagi hadis yang ummi cerita ari tu.. antara pintu-pintu kebaikan yang diajarkan oleh Rasulullah kepada Muaz bin Jabal.. yang mana sedeqah itu menjadi benteng kepada kita..

Orang2 beriman bila mereka mengeluarkan harta untuk infaq, mereka sentiasa sedar bahawa rezeki itu adalah milik Allah, tidak pernah takut akan jadi miskin, sebab semuanya yakin bahawa harta yang diserahkan untuk kepentingan di jalan Allah akan menjadi piutang Allah yang akan dikembalikan di akhirat nanti ... nak tahu apa pulangannya?... insyaAllah syurga dengan segala kenikmatannya yang tiada tolok bandingnya!

"Siapa yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (berupa zakat, infaq, sodaqoh, dan wakaf), maka Allah akan melipat-gandakan pembayaran kepadanya dengan kelipatan yang banyak. Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki), dan kepada-Nya kamu dikembalikan" (QS. Al-Baqarah 245).

Haa ingat tak sahabat2 nabi yang rajin berinfaq dan bersedeqah.. mereka semua tetap kaya; bahkan bertambah kaya...

Salah seorang daripanya ialah Abdurrahman Auf, sahabat nabi yang terkenal kaya sebelum masuk Islam. Masa ikut hijrah ke Madinah dia tak bawa sikit pun harta bendanya selain bekal utk perjalanan sahaja... dan bekal tu pun habis sebelum sempat dia tiba di Madinah.. tapi disebabkan keimanan yang kuat pada Allah dan RasulNya, dalam waktu yang singkat je dia kembali kaya.. berkat daripada perniagaannya di Madinah; rezeki daripada Allah!

Abdurrahman ni seluruh harta kekayaannya disumbangkan utk biaya perang; selain memenuhi kewajibannya bayar zakat, infaq dan sodaqoh.. sehinggakan Rasulullah saw bersabda;

"Wahai Ibnu Auf, engkau termasuk golongan orang yang kaya raya dan akan masuk surga secara perlahan-lahan. Oleh karena itu pinjamkanlah kekayaanmu itu kepada Allah, pasti Allah akan mempermudah langkah-langkahmu".

Abdurrahman bahagia sekali, namun dia ingin sekali masuk surga dengan cara yang cepat. Dia lalu semakin bersungguh-sungguh mengabdi kepada Allah dan Rasul-Nya, di samping tetap giat berdagang dengan cara yang halal dan benar. Usahanya tidak sia-sia. Perdagangannya maju pesat sekali, dan keuntungan yang diperoleh pun berlimpahan. Dia merasakan betapa murahnya Allah dalam memberikan rezeki kepadanya, sampai dia berkata: "Seandainya aku mengangkat batu, niscaya kutemukan di dalamnya emas dan perak".

Sebagai tanda syukur, setiap selesai mendapatkan rezeki, dia segera menyalurkannya untuk perjuangan di jalan Allah. Pernah suatu hari, ketika dia baru saja menjual sebidang tanahnya seharga 40 ribu dinar, maka seluruh uangnya itu dibagi-bagikan kepada orang-orang Bani Zuhrah, para isteri Nabi, fakir miskin, dan lain lain. Di hari lain, dia serahkan 500 ekor kuda untuk keperluan pasukan Islam, dan di hari lainnya lagi, dari kantongnya sendiri, dia membelikan 1.500 kendaraan perang untuk kepentingan dakwah Islam.

Menjelang akhir hayatnya, dia berwasiat agar uang miliknya yang masih tersisa, sebesar 500 ribu dinar (uang emas) diinfakan bagi kepentingan fi sabilillah, dan setiap veteran perang Badar yang masih hidup supaya diberi 400 dinar. Itulah Abdurrahman bin Auf.

Demikian Allah melapangkan rezeki para hamba-Nya yang selalu menafkahkan hartanya untuk kepentingan di jalan Allah. Dalam mengeluarkan zakat, infaq, sodaqoh dan wakafnya itu, mereka tidak pernah menyebut-nyebut pemberiannya, dan tidak pernah menyakiti orang lain dengan pemberiannya itu.

Kita pun sepatutnya melakukan praktis yang sama dengan sahabat2 nabi, bermula dari sekarang. Kalau boleh, kita sediakan tabung infaq peribadi.. setiap hari kita masuk 100 yen ke 50 yen ke ... 10yen pun takpe.. sebabnye bukan harga yang dinilai oleh Allah tapi amalan yang istiqomah.. yang kita buat tetiap hari.. rasanya anak2 ummi semua ada tabung masing2 kan.. (jgn masuk tabung keluar balik dah laa ye.. hehe).. insyaAllah segala yang kita belanjakan ke jalan Allah itu lah yang akan menjadi tiket untuk kita mendapatkan nikmat dalam syurga Allah kelak..
Posted by author at 8:08 PM

Wednesday, November 02, 2005

CINTA


Usrah 25 Jun 2005, Oyamadai
by Ummi Ayu


Ummi bagi pengisian ni sbb semua anak-anak dia bercinta. Ummi jelaskan cinta ni terbahagi kepada 2 :

  1. cinta berlandaskan iman
  2. cinta berlandaskan nafsu

"Anak-anak ummi nak tahu tak apa ciri-ciri cinta berlandaskan iman?"tanya ummi.

  1. cinta berlandaskan iman ini lahir semata-mata kerana Allah dan bukan kerana nafsu
  2. cinta berlandaskan iman juga akan kekal sehingga akhirat

"tapi ummi..apa contoh cinta berlandaskan iman?"tanya salah sorg anak ummi. "contoh cinta berlandaskan iman...

  1. cinta kepada Allah
  2. cinta kepada Rasul

"ooo.."serentak mereka mengangguk. "tapikan ummi..mcmana kita nak tahu kita bercinta?"sambil tersenyum ummi menjawab,"ada tanda2nya anakku"

  1. kita akan sentiasa ingat akan benda yang kita cintai itu. (8:2)
  2. kita akan buat sesuatu dgn bersungguh untuk benda yg dicintai
  3. akan sentiasa kagum dgn benda yg kita cintai
  4. kita akan berharap kepadanya
  5. kita akan taat padanya (4:80)
  6. kita akan takut padanya
  7. kita akan redha atas apa yg ditentukannya

huraian ummi membuatkan semua anaknya tersenyum. Ummi yakin anak2nya faham apa yg dijelaskan tadi. "Sekarang ummi nak berkongsi tentang tingkatan cinta"kata ummi. "waa..cinta pun ada tingkatan ye ummi,"seloroh salah sorang anak ummi."ada nak. terbahagi kepada 6 tingkatan cinta"

  1. kecintaan yg cenderung kepada kebendaan (kecintaan ini hendaklah dibendung jangan sampai ke tahap mudarat. Manusia banyak tergolong kpd kecintaan ini)
  2. kecintaan yg lebih kpd simpati kepada insan (ini antara ciri penting dlm berdakwah)
  3. kecintaan sesama muslim (mewujudkan ikatan persaudaraan yg baik dan utuh)
  4. kecintaan orang2 yg beriman (kecintaan untuk mendapat redha Allah)
  5. kecintaan terhadap Rasul dan Islam
  6. kecintaan kepada Allah (pengabdian diri hanya kepada Allah)

"anak2 ummi faham?"tanya ummi. "ummi, kenapa cinta kepada Allah tingkatan cinta ke 6 bukan pertama?"tanya sorg lagi anak ummi. kebingungan sebentar anak itu. "ooo..kecintaan ke 6 tu bukan maksudnya yg last..tapi yg paling tinggi. mcm sebuah bangunan, tingkat yg paling atas itulah umpama tingkatan ke 6 cinta,"jawab ummi dlm senyuman memikirkan anaknya yg kebingungan. Akhirnya ummi nampak secalit senyuman pengertian di mulut anaknya yg bertanya td. "Ada apa2 lagi persoalan?"tanya ummi. Semuanya menggeleng tanda tiada sebarang kemusykilan. "mmm..ummi harap semua faham. I.allah dlm perkongsian ilmu akan datang kita kongsi ilmu lain plak ye,"akhiri ummi dengan ketawa kecil.

wassalam..

Posted by mE_i_SaYa at 5:05 AM

Tuesday, November 01, 2005

Salam Lebaran

Selamat Menyambut Eidulfitri pada semua; semoga kedatangan Syawal disambut dengan penuh kesyukuran dan keinsafan.. jangan biarkan tarbiyyah Ramadhan luput dari jiwa dan peribadi..
Jom kita sama2 manfaatkan malam terakhir Ramadhan..Esok insyaAllah kita kumpul kat Oyamadai lepas isya' ye.. (kak ayu maybe datang ptg.. hehe kalau ponteng kelas last gen laa.. sekali ngan hanis kot)
Posted by author at 5:43 PM

break

pas ni korang pakat pos sendiri ek .. penat aa kak ayu nak pos sengsorang..
Posted by author at 4:06 PM

Tokoh Islam : Zaid bin Harithah

Usrah 29 Oktober 2005, Saginuma
by Halimah

Tokoh Islam: Zaid bin Harithah r.a

Riwayat hidup beliau:
- Nama penuh beliau ialah Zaid bin Harithah bin Syurahil Al-Ka'biy.

- Ketika Zaid masih kecil iaitu semasa berumur 8 tahun, beliau dibawa keluar oleh ibunya Sa'diy binti Tha'labah untuk menziarahi kaumnya Bani Ma'n. Semasa mereka di dalam perjalanan iaitu ketika hampir sampai kepada kaum mereka, mereka diserbu oleh pasukan berkuda Bani Al-Qain, kemudian pasukan tersebut merampas harta, unta dan menawan kanak-kanak.

- Sepanjang tempoh kehilangan Zaid, air mata ibu beliau tidak pernah kering, tidak pernah berhenti dari mengalir dan keresahan ibu beliau tidak pernah hilang serta hatinya tidak pernah tenang.

Kisah beliau dijual:
- Zaid dipamerkan di pasar Ukaz untuk dijual. Ukaz adalah merupakan pasar yang dibina oleh bangsa Arab di Mekah pada bulan-bulan haram sebagai tempat untuk menjalankan urusan jual-beli dan mengalunkan syair. Lalu beliau dibeli oleh salah seorang pembesar Quraisy iaitu Hakim bin Hizam bin Khuwailid, anak saudara Khadijah binti Khuwailid r.a yang kemudiannya menjadi isteri Rasulullah s.a.w.

- Setelah itu Hakim memberikan Zaid kepada emak saudaranya iaitu Khadijah. Apabila Khadijah diberikan penghormatan untuk berkahwin dengan Rasulullah s.a.w, Khadijah memberikan pula Zaid kepada baginda sedangkan pada masa tersebut Rasulullah s.a.w masih belum dibangkitkan menjadi Rasul.

- Zaid terlalu gembira tinggal bersama dengan Rasulullah s.a.w malah beliau terlalu menyayangi baginda, begitu juga Rasulullah s.a.w terlalu menyayangi beliau. Beliau memilih untuk tinggal bersama dengan Rasulullah daripada kembali ke pangkuan bapa beliau:

- Kedudukan Zaid di Mekah telah diketahui oleh bapa beliau, Harithah bin Syurahil. Lalu bapa beliau musafir ke Mekah dengan membawa sejumlah harta untuk menebus Zaid sambil diiringi oleh adik-beradik bapa beliau yang bernama Kaab.

- Walau bagaimanapun Rasulullah s.a.w tidak mahu menerima harta dan baginda juga tidak mahu menerima barangan yang lain sebaliknya baginda bersabda kepada mereka berdua: "Bukankah kamu memiliki sesuatu yang lebih baik daripada tebusan?" Mereka berdua berkata: "Apakah itu?" Lalu baginda bersabda: "Kita serahkan sahaja kepadanya, sekiranya dia memilih untuk bersama dengan kamu, dia akan menjadi milik kamu tanpa tebusan dan sekiranya dia memilih aku, demi Allah aku bukanlah terdiri dari kalangan orang yang tidak suka apabila dia dipilih."

Kemudian mereka berdua menjawab: "Kamu telah memberikan pilihan yang sangat tepat." Tetapi Zaid telah memilih untuk tinggal bersama dengan Rasulullah s.a.w menyebabkan ayah dan bapa saudara beliau terkejut lantas bapa beliau berkata: "Betapa bodohnya kamu wahai Zaid! Adakah kamu memilih kehidupan menjadi hamba daripada bapa dan ibu kamu?!"

Lantas Zaid menjawab: "Sesungguhnya aku mendapati orang ini memiliki sesuatu yang tidak boleh sama sekali aku berpisah daripadanya." Sebaik sahaja Zaid mengucapkan kata-kata tersebut, Rasulullah s.a.w terus menarik tangan Zaid kemudian keluar ke Masjidilharam seterusnya baginda berdiri di atas batu sambil memegang Zaid lalu berkata kepada pembesar Quraisy: "Wahai bangsa Quraisy! Saksikanlah bahawa kanak-kanak ini adalah anak aku, dia akan mewarisi harta aku dan aku akan mewarisi hartanya".

Ketika itu hati bapa dan bapa saudara beliau menjadi tenang kemudian mereka berdua meninggalkan Zaid tinggal bersama dengan Rasulullah s.a.w seterusnya mereka berdua pulang dengan hati yang tenang.

Bermula peristiwa tersebut Zaid dikenali dengan Zaid bin Muhammad sehinggalah tiba seruan Islam yang mengharamkan penggunaan bin bagi anak angkat kepada bukan bapanya dengan turunnya firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: Panggillah anak-anak angkat itu dengan ber"bin"kan kepada bapa-bapa mereka sendiri. Setelah itu Zaid digelar dengan Zaid bin Harithah.

Perjuangan beliau pada jalan Allah:
- Selepas Rasulullah s.a.w dibangkitkan menjadi Rasul, Zaid adalah terdiri dari kalangan orang-orang yang terawal memeluk Islam, beliau pernah dilantik menjadi panglima tentera bagi beberapa utusan dan pertempuran baginda dan beliau pernah menjadi wakil kepada Rasulullah s.a.w di Madinah ketika baginda keluar berperang.

Kematian beliau:
- Pada tahun kelapan Hijrah, Zaid bin Harithah keluar ke peperangan Mu'tah sebagai seorang panglima tentera Islam. Beliau memimpin seramai 3,000 bala tentera. Ketika tentera Islam sampai di Ma'an (Jordan sekarang), tiba-tiba mereka diserang oleh Heraclius Raja Rom yang mengetuai seramai 100,000 bala tentera yang kemudian dia dibantu pula oleh 100,000 bala tentera daripada musyrikin Arab yang bergabung dengannya.

Di dalam peperangan tersebut, Zaid bin Harithah gugur syahid kemudian Jaafar bin Abu Talib menjadi panglima tentera menggantikan beliau, tetapi dia juga turut terkorban. Selepas itu Abdullah bin Rawahah pula menjadi panglima tentera, walau bagaimanapun dia juga turut terkorban. Seterusnya umat Islam memilih Khalid bin Al-Walid yang kemudiannya beliau mengundurkan tentera dan menyelamatkan mereka dari turut menjadi mangsa terkorban.

- Rasulullah s.a.w terlalu sedih di atas kematian Zaid sebagai seorang teman baginda malah baginda juga banyak menangis di atas kehilangan Zaid, orang yang sangat baginda sayangi.

begitulah kisah seorang tokoh yang amat mencintai Rasulullah sepanjang hayatnya sehingga tergolong dalam golongan dijanjikan syurga oleh Allah swt
Posted by author at 3:58 PM

Tafsir al-Qadr

Usrah 29 Oktober, Saginuma
by Hanis comel
rujukan : Tafsir al-Munir

Allah Ta 'ala berfirman :"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur'an) saat Lailatul Qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala uuusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar . " (Al-Qadr: 1-5),

Allah memberitahu bahwa Dia menurunkan Al-Qur'an pada malam Lailatul Qadar, yaitu malam yang penuh keberkahan. Allah Ta'ala berfirman : "Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi."(Ad-Dukhaan: 3)

Dan malam itu berada di bulan Ramadhan, sebagaimana firman Allah Ta 'ala :"Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur'an. "(Al-Baqarah: 185).


Ibnu Abbas radhiallahu 'anhu berkata :"Allah menurunkan Al-Qur'anul Karim keseluruhannya secara sekaligus dari Lauh Mahfudh ke Baitul'Izzah (langit pertama) pada malam Lailatul Qadar. Kemudian diturunkan secara beransur-ansur kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sesuai dengan konteks berbagai
peristiwa selama 23 tahun."

Malam itu dinamakan Lailatul Qadar karena keagungan nilainya dan keutamaannya di sisi Allah Ta 'ala. Juga, karena pada saat itu ditentukan ajal, rizki, dan lainnya selama satu tahun, sebagaimana firman Allah : "Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah. " (Ad-Dukhaan: 4).

Kemudian, Allah berfirman mengagungkan kedudukan Lailatul Qadar yang Dia khususkan untuk menurunkan Al-Qur'anul Karim:"Dan tahukah kama apakah Lailatul Qadar itu?" ( Lihat Tafsir Ibnu Katsir, 4/429.)

Selanjutnya Allah menjelaskan nilai keutamaan Lailatul Qadar dengan firman-Nya:"Lailatul Qadar itu lebih baik dari pada seribu bulan. "
Maksudnya, beribadah di malam itu dengan ketaatan, shalat, membaca, dzikir dan do'a sama dengan beribadah selama seribu bulan, pada bulan-bulan yang di dalamnya tidak ada Lailatul Qadar. Dan seribu bulan sama dengan 83 tahun 4 bulan.

Lalu Allah memberitahukan keutamaannya yang lain, juga berkahnya yang melimpah dengan banyaknya malaikat yang turun di malam itu, termasuk Jibril 'alaihis salam. Mereka turun dengan membawa semua perkara, kebaikan maupun keburukan yang merupakan ketentuan dan takdir Allah. Mereka turun dengan perintah dari Allah.

Selanjutnya, Allah menambahkan keutamaan malam tersebut dengan firman-Nya : "Malam itu (penuh) kesejahteraan hingga terbit fajar" (Al-Qadar: 5)
Maksudnya, malam itu adalah malam keselamatan dan kebaikan seluruhnya, tak sedikit pun ada kejelekan di dalamnya, sampai terbit fajar. Di malam itu, para malaikat -termasuk malaikat Jibril- mengucapkan salam kepada orang-orang beriman.

Dalam hadits shahih Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menyebutkan keutamaan melakukan qiyamul lail di malam tersebut.
Baginda bersabda : "Barangsiapa melakukan shalat malam pada saat Lailatul Qadar karena iman dan mengharap pahala Allah, niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. " (Hadits Muttafaq 'Alaih)
Tentang waktunya, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :"Carilah Lailatul Qadar pada (bilangan) ganjil dari sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. " (HR. Al-Bukhari, Muslim dan lainnya).

Yang dimaksud dengan malam-malam ganjil yaitu malam dua puluh satu, dua puluh tiga, dua puluh lima, dua puluh tujuh, dan malam dua puluh sembilan.
Adapun qiyamul lail di dalamnya yaitu menghidupkan malam tersebut dengan tahajud, shalat, membaca Al-Qur'anul Karim, dzikir, do'a, istighfar dan taubat kepada Allah Ta 'ala.

Aisyah radhiallahu 'anha berkata, aku bertanya:"Wahai Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mengetahui lailatul Qadar, apa yang harus aku ucapkan di dalamnya?" Beliau menjawab, katakanlah :
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau mencintai Pengampunan maka ampunilah aku. " (HR. At-Tirmidzi, ia berkata, hadits hasan shahih).


Pelajaran dari surat Al-Qadr :
Keutamaan Al-Qur'anul Karim serta ketinggian nilainya, dan bahwa ia diturunkan pada saat Lailatul Qadar.


Keutamaan dan keagungan Lailatul Qadar, dan bahwa ia menyamai seribu bulan yang tidak ada Lailatul Qadar di dalamnya.


Anjuran untuk mengisi kesempatan-kesempatan baik seperti malam yang mulia ini dengan berbagai amal shalih.


Jika kita telah mengetahui keutamaan-keutamaan malam yang agung ini, dan ia terbatas pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan maka selayaknya kita bersemangat dan bersungguh-sungguh pada setiap malam dari malam-malam tersebut, dengan shalat, dzikir, do'a, taubat dan istighfar. Mudah-mudahan dengan demikian kita mendapatkan Lailatul Qadar, sehingga kita berbahagia dengan kebahagiaan yang kekal yang tiada penderitaan lagi setelahnya.

Di malam-malam tersebut, hendaknya kita berdo'a dengan do'a-do'a bagi kebaikan dunia-akhirat, di antaranya :


"Ya Allah, perbaikilah untukku agamaku yang merupakan penjaga urusanku, dan perbaikilah untukku duniaku yang di dalamnya adalah kehidupanku, dan perbaikilah untukku akhiratku yang kepadanya aku kembali, dan jadikanlah kehidupan (ini) menambah untukku dalam setiap kebaikan, dan kematian menghentikanku dari setiap kejahatan.


Ya Allah bebaskanlah aku dari (siksa) api Neraka, dan lapangkanlah untukku ritki yang halal, dan palingkanlah daripadaku kefasikan jin dan manusia, wahai Dzat Yang Hidup dan terus menerus mengurus (makhluk-Nya)"
"Wahai Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jagalah kami dari siksa Neraka. Wahai Dzat Yang Hidup lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), wahai Dzat Yang Memiliki Keagungan dan Kemulyaan. "


"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon hal-hal yang menyebabkan (turunnya) rahmat-Mu, ketetapan ampunan-Mu, keteguhan dalam kebenaran dan mendapatkan segala kebaiikan, selamat dari segala dosa, kemenangan dengan (mendapat) Surga serta selamat dari Neraka. Wahai Dzat Yang Maha Hidup dan terus menerus mengurusi makhluk-Nya, Wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. "

"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu pintu-pintu kebajikan, kesudahan (hidup) dengannya serta segala yang menghimpunnya, secara lahir-batin, di awal maupun di akhirnya, secara terang- terangan maupun rahasia. YaAllah, kasihilah keterasinganku di dunia dan kasihilah kengerianku di dalam kubur serta kasihilah berdiriku di hadapanmu kelak di akhirat. Wahai Dzat Yang Mahahidup, yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. "

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, 'afaaf (pemeliharaan dari segala yang tidak baik) serta kecukupan. "

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, mencintai pengampunan maka ampunilah aku. "

"Ya Allah, aku mengharap rahmat-Mu maka janganlah Engkau pikulkan (bebanku) kepada diriku sendiri meski hanya sekejap mata, dan perbaikilah keadaanku seluruhnya, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. "

"Ya Allah, jadikanlah kebaikan sebagai akhir dari semua urusan kami, dan selamatkanlah kami dari kehinaan dunia dan siksa akhirat. "

"Ya Tuhan kami, terimalah (permohonan) kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, wahai Dzat Yang Maha Hidup, yang memiliki keagungan dan kemuliaan. "

"Semoga shalawat dan salam dilimpahkan kepada Nabi Muhammad, segenap keluarga dan para sahabatnya. "

Semoga kita sama2 dpat mengambil manfaat daripadanya..
Posted by author at 3:47 PM

Fadhilat solat malam

Usrah 29 Oktober 2005, Saginuma
by Kak e
rujukan : siri fadhailul amal; maulana muhammad zakariya kandhalawi

Gomen, tak ingat kak e bentang hadis ke berapa hari tu .. tetapi satu daripadanya daripda Salman al-Farisi; yang mana manusia itu terbahagi kepada 3 golongan ;
1. malam harinya menjadi saat yang dinanti-nanti dan diberkahi Allah yakni bagi org2 yg beribadat pd malam hari

2. mlm harinya menjadi bebanan dan kutukan – orang2 yang membuat maksiat di malam hari.

3. malam harinya tidak untung dan tidak rugi – golongan yg selepas isya' mereka tidur

Then kak e kongsi kelebihan2 menghidupkan malam dengan qiyamullail;

Qiamullail juga adalah amalan nabi dan rasul, orang salih serta alim ulama.

Ibadat ini boleh dilakukan bersendirian atau berjemaah. Antara pengisiannya termasuk solat tahajud, bertasbih, bertahmid, berzikir dan membaca al-Quran.
Waktu yang dianjurkan qiamullail ialah sepertiga akhir malam.

Rasulullah sentiasa melakukan qiamullail dengan bersungguh seperti digambarkan dalam hadis daripada Aisyah yang bermaksud: “Bahawa Rasulullah bangun sebahagian daripada malam untuk mengerjakan solat hingga bengkak kedua-dua kakinya." Lalu aku berkata kepada Baginda : "Mengapa Rasulullah melakukan semua ini, bukankah dosa Baginda sudah diampunkan Allah sama ada yang terdahulu atau terkemudian?" Rasulullah menjawab: "Salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur?"

Dalam menjelaskan kelebihan sembahyang malam, Allah berfirman yang bermaksud: "Dan pada sebahagian malam hari, sembahyang tahajudlah kamu sebagai satu ibadat tambahan bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat terpuji." (Surah al-Isra, ayat 79)

Firman Allah dalam surah as-Sajdah ayat ke-16 dan 17, bermaksud: "Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya dan mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap, bahkan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Seorang pun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-macam nikmat) apa yang menyedapkan pandangan mata, sebagai balasan terhadap apa yang mereka kerjakan."

Semoga amalan qiam kita sepanjang Ramadhan menjadi tarbiyah yang berkesan untuk kita teruskan di hari2 mendatang ... nikmatilah malam untuk mendekatkan diri kepadaNya; untuk mendapatkan kecintaanNya.. moga terus istiqomah..
Posted by author at 3:30 PM

Fadhilat menghafal Al-Quran

Usrah 29 Oktober 2005; Saginuma
by yatt
rujukan : siri fadhailul amal; maulanana muhammad zakariya

Amalan membaca Al-Quran merupakan salah satu amalan yang amat2laa dituntut kepada setiap mukmin; untuk mendekatkan diri kepada Allah, serta mempelajari ilmu-ilmu yang diturunkanNya.. berpadanlah ia sebagai manual untuk manusia yang telah diamanahkan dariNya untuk kita mentadabbur dan memuliakannya..

Tapi sekarang ni kita kurang prihatin terhadap kepentingan menghafal ayat-ayat al-Quran walaupun surah-surah pendek sedangkan Allah begitu menuntut hamba2Nya menghafaz ayat2Nya serta telah menjanjikan ganjaran yang besar bagi para hafiz. Kali ni kita kongsi sama2 fadhilat bagi orang-orang yang menghafaz al-Quran.

Hadis 1


Ali ra berkata bahawa Rasulullah saw bersabda;
"Barangsiapa membaca Al-Quran dan menghafalnya dan menganggap bahawa perkataan-perkataanNya yang halal
adalah tetap halal dan yang haram tetap haram akan dimasukkan ke dalam jannah oleh Allah yang Maha Kuasa yang juga menerima syafaatnya kepada sepuluh orang daripada ahli keluarganya yang akan dicampakkan ke dalam neraka."

Setiap mukmin dijamin syurga dengan rahmat Allah sungguhpun dia akan disiksa atas segala dosa2 nya yang terdahulu.. namun bagi seseorang hafiz, akan diberikan keutamaan ini dengan memasukkannya awal2 lagi.. dan 10 orang daripada ahli keluarganya (yg tidak mensyirikkan Allah) akan diberikan syafaatnya.

Peringatan untuk diri kita sendiri; sekiranya tidak mampu menghafal al-Quran sebaiknya berusaha menjadikan salah seorang ahli keluarga kita sebagai hafiz .. (so ada anak2 nanti pakat hantar tahfiz!) Semoga Allah merahmati dengan nikmatNya yang lebih banyak lagi.

Hadis 2

Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda;

"Belajarlah al-Quran dan bacalah ia kerana seseorang yang belajar al-Quran, membacanya dan menyebutnya di dalam solat tahajud adalah seumpama suatu bekas yang terbuka yang penuh dengan kasturi; baunya semerbak merebak ke seluruh tempat itu dan seseorang yang telah belajar al-Quran tetapi tidur sementara al-Quran berada dalam hatinya, adalah seumpama bekas yang penuh dengan kasturi
tetapi mulutnya tertutup"


Ini bermaksud bahawa seseorang yang mempelajari al-Quran dan menjaganya dgn membacanya di dalam solat tahajjud adalah sebagai bekas kasturi, yang mana jika dibuka akan semerbaklah baunya seluruh tempat di rumahnya dengan bau yang harum..masyaAllah! dalam keadaan yang sama, keseluruhan rumah itu juga akan disinari dengan kegemerlapan dan kemewahan disebabkan bacaan daripada seorang hafiz..

Hadis 3
Abdullah ibn Abbas ra meriwayatkan hadis Rasulullah saw;
"Seseorang yang tidak ada sebahagian pun Al-Quran di dalam hatinya adalah seumpama rumah yang ditinggalkan kosong."

rumah yang ditingggalkan kosong boleh diibaratkan seperti "otak manusia yang tidak bekerja adalah tempat syaitan bekerja" .. begitulah juga hati manusia yang tidak ada langsung al-Quran akan mudah dikuasai syaitan. Ketegasan diperlihatkan dalam menghafal al-Quran agar hati sentiasa diisi dengan kalimah2 Tuhan..

dari Abu Hurairah ra;
"Rumah yang mana Al-Quran itu dibacakan ahli rumah itu bertambah, kelebihan dan rahmat berlipat ganda, para malaikat akan mengerumuni mereka dan para syaitan akan meninggalkan rumah itu. Sementara rumah2 yang tidak dibacakan al-Quran, kehidupan mereka akan menjadi tegang dan hilang keberkatannya, para malaikat meninggalkan rumah itu dan syaitan bermaharajalela di dalamnya"

...jom sama2 kita perbanyakkan hafazan! jom sama2 terangkan rumah dengan bacaan2 al-Quran..

tsugi no usrah made no shukudai - hafazan sehingga Al-Ikhlas ye adik2 sume
Posted by author at 2:59 PM
Archives
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
April 2006
July 2006
November 2006
May 2008
Recent Posts
Insyirah 02/08
Buat puteri-puteri tersayang..
Syeikh Ahmad Yassin
pinjam ruang sikit..tarikh: 11 Feb 2005 @ saginuma...
Prolog: satu kelahiran agung
lahwal hadis..
Lil Mukhsinin
RETAK
minggu nih ..
buktikan kecintaan kita padanya .. satu muqaddimah
Hafazan


Surah An-Naba' : Saad al Ghamidi


Surah An-Naazi'aat : Saad al Ghamidi


Surah 'Abasa : Saad al Ghamidi


Surah At-Takwir : Saad al Ghamidi


Surah Al-Infithaar : Saad al Ghamidi


Surah Al-Muthaffifin : Saad al Ghamidi


Surah Al Insyiqaaq : Saad al Ghamidi


Surah Al Buruuj : Saad al Ghamidi


Surah Ath Taariq : Saad al Ghamidi


Surah Al A'laa : Saad al Ghamidi


Surah Al Ghaasyiyah : Saad al Ghamidi


Surah Al Fajr : Saad al Ghamidi


Surah Al Balad : Saad al Ghamidi


Surah Asy-Syams : Saad al Ghamidi


Surah Al Lail : Saad al Ghamidi


Surah Adh Dhuhaa : Saad al Ghamidi


Surah Al Insyirah : Saad al Ghamidi


Surah At-Tiin : Saad al Ghamidi


Surah Al 'Alaq : Saad al Ghamidi


Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com