Friday, January 27, 2006

konshuu

Assalamu'alaykum warahmatullah ..

insyaAllah minggu ni;
Tarikh : 28 Mac Jan 2006 @ 28 Zulhijjah 1426H
Tempat : Midori Gaoka (kediaman hanis n yatt)
Pengerusi : Yatt

Tentatif
11.45 : Makan tengahari (kali ni kak ayu masuk dalam tentatif hehe..)
12.15 : Solat Zuhur
12.30 : Tilawah dan tafsir; Al-Imran 116~
12.00 : Tazkirah (Halimah)
13.30 : Slot 1 (kak ayu)
14.30 : solat Asar
14.45 : Slot 2 (Hanis) - bentang buku yang dibaca.. Jouhou network? Kankaku chikaku? Operation System? ..ke tak baca lagi sume ni ..hehe, buku M Fauzil Adhim pun ok ..:)
15.15 : insyaAllah habis

Moga Allah lapangkan dada dan permudahkan uruskan-urusan kita seterusnya..

p/s: kak ayu tidur rumah hanis laa jumaat malam sabtu .. malas nak balik rumah malam2
Posted by author at 7:38 AM

Friday, January 20, 2006

agenda 22

assalamualaykum warahmatullah

isogashii tokoro de gomen ne ..harap sume genki2; jaga kesihatan, jaga makan.. exam exam jugak.. jaga tidur ... bebel sat.. sblm ada yang masuk hosp lg..

insyaAllah usrah ahad ni
tarikh : 22 Januari 2006 @ 22 Zulhijjah 1426H
tempat : oyamadai (umah kak e, halimah n nida)
pengerusi majlis : kak e
tazkirah : Nida

tentatif
11.00 : tilawah dan tafsir
12.00 : solat zuhur
13.00 : tazkirah (Nida)
13.30 : Pengisian (kak ayu)
14.30 : Pengisian (halimah)
15.00 : solat asar dan hafazan (surah pilihan masing2)
15.30 : insyaAllah bersurai

gomen ne, katte ni kettei shimaimashita .. tuan rumah kalau ada masalah message kak ayu balik ye .. ingat nak buat kat umah kak ayu, tapi ada tetamu akan duduk sini.. kalau tak dapat kat oyamadai terpaksa wat umah hanis n yatt ..

kalau tak dapat hadir tolong message kak ayu balik ye ..
minna, kimatsu shiken isshou ni ganbarimashou!

info: kak nisa kat hosp skrg ni, shujutsu appendiks selasa lepas, alhamdulillah semuanya ok.. sama2 kita doa for kak nisa
Posted by author at 3:15 AM

Saturday, January 14, 2006

Juz poppin' in to say; SAYANG anak-anak ummi semua!

Rasulullah saw kata kita kena zahirkan pada saudara kita jika kita mencintai mereka(HR Abu Daud)

semoga kita dapat terus saling menguatkan .. syukur pada Allah atas nikmat persaudaraan ini.

Dari Abu Darda r.a, Rasulullah saw bersabda,
"Tidaklah seorang muslim berdoa untuk saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya melainkan malaikat berdoa, 'Semoga kamu memperoleh apa yang kamu mahukan' "(HR Muslim)

(jumpe esok, insyaAllah)
Posted by author at 12:18 AM

Friday, January 06, 2006

Untuk sebuah pengorbanan

Terik mentari pergurunan memayungi langkah sepasang suami isteri; Ibrahim as dan Hajar bersama anak kecil dalam dukungan. Mendaki gunung, menuruni lembah dengan penuh kepayahan dan kesukaran, mereka terus menuju ke selatan, jauh meninggalkan tanah kediaman di Palestin. Berhenti mereka di tanah Makkah, sebuah daerah asing, padang pasir yang kering kontang tanpa manusia; jika adapun mereka cumalah puak Badwi yang hidup berpindah-randah.


Ibrahim as, akhirnya berhenti, meletakkan bungkusan kurma dan sepundi air di sisi Hajar yang masih kebingungan. Dipesan pada isteri kesayangan agar membuat teduhan di situ, lalu dia tanpa sepatah kata meninggalkan kedua permata hatinya di situ.

Hajar seorang perawan, gundik puteri kepada raja Mesir yang dihadiahkan kepada Sarah, isteri pertama Ibrahim as. Sarah kemudian merelakan suaminya mengahwini Hajar kerana menyangka dirinya sudah terlalu tua dan tidak mampu memberikan zuriat. Namun dengan kuasa Allah swt, Sarah dikurniakan seorang anak, hamba Allah yang soleh; Ishak as, sementara Hajar juga dianugerahi zuriat; Ismail as.

Hajar semakin pelik melihat langkah suaminya yang kian jauh meninggalkan mereka. Dia memandang sekeliling; kosong dan sunyi; kering kontang! Hajar mengejar suaminya dengan penuh keharuan bertanya berulang kali, "Wahai suamiku, ke mana kau ingin pergi. Kenapa tinggalkan kami di lembah sepi ini?"

Ibrahim tetap membisu. Di jiwanya penuh kedukaan, tetapi dia tidak mampu menoleh menatap wajah isterinya yang terus merayu, gusar hatinya mengkhianati sebuah kepatuhan atas belas kepada kedua insan kesayangannya itu.

"Wahai suamiku, apakah Tuhan yang memerintahkan kamu meninggalkan aku bersama anak kecilku di tempat sunyi ini?" Hajar bertanya lagi dalam kesenduan.

"Ya, benar!"

Mendengar jawapan suaminya, Hajar lantas terdiam. Hatinya pasrah, "Andai begitu, tentulah Tuhan tidak akan mensia-siakan kami!"

Ibrahim as mengangkat tangannya ke langit lantas berdoa, "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku menempatkan dari keturunanku di lembah yang tiada mempunyai tanam-tanaman berdekatan dengan Rumah Suci Engkau. Wahai Tuhan kami! Ingatkanlah mereka supaya mengerjakan solat dan jadikanlah hati-hati sebahagian manusia tertarik kepada mereka, dan berilah mereka rezeki dari buah-buahan, moga-moga mereka bersyukur. "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami terang-terangkan, dan tiadalah tersembunyi kepada Tuhan sesuatu pun, baik yang di bumi atau yang di langit." (Surah Ibrahim, ayat 37-38).

Begitulah kisah yang telah sering kita dengari, kisah pengorbanan hamba-hamba Allah yang ditinggikan darjatnya.

Benar iman kita tidak setinggi Sarah yang merelakan suami sendiri mengahwini wanita lain, iman kita juga tidak setinggi Hajar yang pasrah ditinggalkan, apatah lagi untuk kita membandingkan iman kita dengan Ibrahim as dan Ismail as yang berkorban demi kepatuhan kepada Allah swt.

Berapa ramai antara kita yang punya naluri pengorbanan sebegitu tinggi dalam hatinya?

Kedatangan eiduladha menyingkap kembali kisah pengorbanan mereka. Saban tahun pengorbanan ini tetap dikenang, diraikan dengan penuh keinsafan.

Pengorbanan atas harta, tenaga, masa, fikiran dan jiwa, diuji dengan orang-orang yang dicintai, ternyata dalam hati kita masih tersisa keberatan.

"Wahai orang-orang yang beriman!, janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahnya) , dan ingatlah sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi". (Al-Munafiqun : 9)

Ke manapun kita melangkah, di sisi manapun kita melihat kehidupan, paling tidak menyelami perasaan sendiri, pasti kita akan menemukan keangkuhan atau egoisme yang seringkali menguasai segala hal.

Seorang ayah dikuasai egoisme terhadap anak-anak, suami/isteri dikuasai egoisme dalam perhubungan rumahtangga, kita juga bisa melihat egoisme seorang pemimpin terhadap rakyat yang dipimpinnya, begitu juga egoisme si hartawan terhadap mereka yang fakir.

"Dan (Tuhan berfirman lagi) : kalau sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertakwa, tentulah kami akan membukakan kepada mereka (pintu pengorbanan) yang melimpah ruah berkatnya dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu kami timpakan mereka azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan." (Al-A'raf : 96)

Keangkuhan telah menguasai seluruh elemen bangsa. Pedagang hanya mementingkan keuntungan perniagaannya, petani hanya mementingkan hasil pertaniannya, di kalangan pegawai hanya mementingkan pekerjaannya. Keangkuhan inilah yang telah mencabut rasa percaya antara satu sama lain di dalam masyarakat; yang memutuskan ikatan kasih sayang antara anggota keluarga, yang melemahkan ikatan antara sesama saudara sehingga seorang tetangga menjauh dari tetangganya, seorang sahabat menghindar dari sahabatnya sedangkan kita amat memerlukan kerjasama untuk menghadapi masalah-masalah ummat yang lebih rumit.

Keangkuhan inikah yang menghalang kita untuk berkorban? Atau kita telah tertutup oleh ambisi dan nafsu; terpana dengan kenikmatan dunia yang sementara.

Jika Sarah hanya memikirkan kebahagiaan dunia, dia tidak akan merelakan cinta suaminya dibahagi dua. Jika Hajar melihat kesengsaraan sementara dia tidak akan membiarkan dirinya ditinggalkan. Jika Ismail as mencintai dunia dan takut mati dia tidak akan merelakan dirinya menjadi korban ayahnya sendiri. Jika Ibrahim as menuruti perasaan sayangnya pada isteri dan anaknya, dia tidak akan tega meninggalkan Hajar dan Ismail di tengah padang pasir, apatah lagi menyembelih anaknya sendiri.

Tetapi hamba-hamba Allah yang soleh ini mengorbankan segala kepentingan dunia untuk sebuah kepatuhan, kerana mengingini mardhotillah.

"Demi sesungguhnya, kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman, dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah :155)

Allah tetap akan menguji hamba-hambaNya yang beriman, mungkin tidak sebesar ujian yang dihadapkan pada Sarah, Hajar, Ibrahim dan Ismail as. Namun ujian itu tetap membutuhkan kesabaran atas pengorbanan yang sesuai dengan keimanan dan kesanggupan kita.

Tiba masanya untuk kita merenung kembali nilai sebuah pengorbanan. Harta dan jiwa semuanya milik Allah; telah dibeliNya untuk kenikmatan syurga yang tak terbanding nikmat dunia seluruhnya.

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan balasan, bahawa mereka akan beroleh syurga, disebabkan mereka berjuang pada jalan Allah, maka diantara mereka ada yang membunuh dan terbunuh, balasan syurga yang demikian ialah sebagai janji yang benar, yang ditetapkan oleh Allah didalam kitab-kitab Taurat dan Injil serta Al-Quran, dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah?, oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu, dan ketahuilah bahawa jual beli yang seperti itu ialah kemenangan yang besar" (At-Taubah :111)

Dipanjatkan doa untuk pejuang-pejuang agama yang mengorbankan jiwa untuk membebaskan tanah Palestin; juga para mujahid yang bermandi darah menegakkan agamaNya, semoga semangat mereka turut membakar jiwa-jiwa kita. Mungkin kita tidak dipilihNya untuk jihad qital; di depan kita tetap ada ruang jihad dan pengorbanan.. kikislah keangkuhan, tanamkan keikhlasan dan ketulusan untuk sebuah pengorbanan; demi redha Illahi.

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik". (Al-Ankabut: 69)

Sama-sama kita isi 10 hari awal Dzulhijjah ini dengan tasbih, tahmid dan takbir. TaqabbalAllahu minna wa minkum , Salam Eiduladha 1426H.

(insyaAllah jadi peringatan besar untuk diri sendiri)

Posted by author at 6:05 PM
Archives
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
April 2006
July 2006
November 2006
May 2008
Recent Posts
Insyirah 02/08
Buat puteri-puteri tersayang..
Syeikh Ahmad Yassin
pinjam ruang sikit..tarikh: 11 Feb 2005 @ saginuma...
Prolog: satu kelahiran agung
lahwal hadis..
Lil Mukhsinin
RETAK
minggu nih ..
buktikan kecintaan kita padanya .. satu muqaddimah
Hafazan


Surah An-Naba' : Saad al Ghamidi


Surah An-Naazi'aat : Saad al Ghamidi


Surah 'Abasa : Saad al Ghamidi


Surah At-Takwir : Saad al Ghamidi


Surah Al-Infithaar : Saad al Ghamidi


Surah Al-Muthaffifin : Saad al Ghamidi


Surah Al Insyiqaaq : Saad al Ghamidi


Surah Al Buruuj : Saad al Ghamidi


Surah Ath Taariq : Saad al Ghamidi


Surah Al A'laa : Saad al Ghamidi


Surah Al Ghaasyiyah : Saad al Ghamidi


Surah Al Fajr : Saad al Ghamidi


Surah Al Balad : Saad al Ghamidi


Surah Asy-Syams : Saad al Ghamidi


Surah Al Lail : Saad al Ghamidi


Surah Adh Dhuhaa : Saad al Ghamidi


Surah Al Insyirah : Saad al Ghamidi


Surah At-Tiin : Saad al Ghamidi


Surah Al 'Alaq : Saad al Ghamidi


Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com