Tuesday, February 21, 2006

lahwal hadis..

Apa saja yang kita bicarakan hari ni? Apakah ia sekitar perkara-perkara dunia yang kita harapkan, atau mungkin juga cerita-cerita yang bisa buat kita terhibur ketawa.. apakah setiap hari pula kita begini .. dan hari berlalu tanpa kita sedari..

sehingga satu masa bila daun gugur dari rantingnya...

insyaAllah, kita sambung satu lagi ayat dari surah Luqman ye... actually nak masukkan terus dalam posting sebelum ni.. satu ayat je lagi..satu ayat yang penting!

Sebelum ni, kita dah lihat bagaimana janji Allah terhadap golongan mukhsinin.. golongan yang Allah kurniakan petunjuk dan rahmatNya daripada Al-Quran.. golongan yang sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai panduan dan manual hidupnya..

Tapi seterusnya dalam ayat ke-6 Allah berfirman;
waminannasi mayyasytari lahwal hadisi liyudilla 'an sabilillahi bighairil 'ilmi, wayattahizaha huzuwa, ulaaika lahum 'azaabun muhin.

maksudnya;
Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan percakapan kosong untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah tanpa ilmu dan menjadikannya olok-olokan. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan.

Allah menegaskan di kalangan manusia itu ada mereka2 yang sentiasa menyibukkan diri dengan lahwal hadis.. sehingga menyesatkan manusia dari jalan Allah..

Apa itu lahwal hadis ..?
kalau kita terjemahkan ke bahasa melayu ertinya percakapan yang sia-sia .. dalam mentafsir maknanya ada beberapa pendapat yang masyhur, antaranya;

[1] Abdullah bin Abbas r.a dan Abdullah bin Mas'ud mentafsirkan lahwal hadis sebagai nyanyian-nyanyian (seperti dalam tulisan ibn kathir dan al-qurtubi). Amalan nyanyian adalah sesuatu yang tidak diterima di dalam islam apabila nyanyian itu dibuat sehinggakan terbangkit nafsu manusia atau sehingga menyebabkan manusia lalai daripada perintah Allah.

[2] Pendapat yang kedua mentafsirkan lahwal hadis sebagai perkataan syirik yakni percakapan yang membawa kepada kekufuran.

[3] Imam Syaukani, Ibn Jabir dan Syed Qutb pula mentafsirkan lahwal hadis secara umum meliputi segala perkataan atau percakapan yang menyebabkan insan lalai dan terpesong.

Mmm.. daripada tafsir kita lihat ayat Allah ni ditujukan untuk mereka yang tidak beriman, golongan tidak berilmu yang percakapan mereka semuanya membawa kepada kekufuran ... maknanya selamat la kita ye?

ye ke?

lihat kembali isu kartun yang menghina nabi .. siapa punya angkara? mereka yang tidak relevan dengan islam .. jadi ini bukanlah perkara yang pelik kan .. tetapi ada orang islam sendiri yang mempersendakan agama.. dalam sikap dan amalan hidup mereka, dalam ketaatan mereka.. berapa ramai pula yang mengabaikan dan melekakan perlaksanaan syariat .. ramai kan manusia begini yang kita lihat ... itu kan menyerupai orang yang tidak beriman ..

sebab tu kita tak boleh cepat mengambil sikap menganggap diri kita selamat, hanya kerana kita beriman... tidak mustahil ciri2 itu ada dalam diri kita ...

Berapa ramai pula dalam kita mencorak anak-anak.. kita dah tanamkan ciri2 yahudi, nasrani dan majusi ..

Cthnye org yahudi yang terpaut pada dunia;
-daripada sejarah mereka, walaupn percaya dengan hari pembalasan, mereka meletakkan dunia adalah segala2nya dalam kehidupan; sejarah sistem riba dan pinjaman, perbankan konvesional - semuanya drp golongan yahudi; akhirnya ekonomi dunia berada dalam tangan mereka ..

-Ingat tak kisah larangan terhadap mereka untuk tangkap ikan pada hari Sabtu..; mereka yang tamakkan dunia ini kemudian mencipta kaedah agar ikan-ikan itu masuk ke dalam saliran supaya dapat mereka tangkap keesokan harinya.. ada saja cara mereka untuk mengatasi larangan Allah.

Dalam ibubapa mendidik anak masih ramai yang tanamkan ciri2 cintakan dunia dalam diri anak2 ..
apa yang mak bapak selalu pesan pada anak2..?
belajar rajin2 ye, nanti besar boleh hidup senang, dapat gaji besar.. (dunia aje matlamatnyer!)
Sedangkan orang islam sepatutnya menuntut ilmu untuk keredhaan Allah; mendambakan kejayaan dunia dan akhirat ..

Ciri org nasrani pula penuh dengan hiburan dan nyanyian; kelahiran anak baru, berkahwin, sampaikan bila ada kematian pun nyanyi, ibadah dan solat pun nyanyi .. dunia hiburan dikuasai mereka .. kerjanya melalaikan manusia.. terutamanya nih, anak-anak muslim yang dah lupa diri, dah jauh terpinggir dari agama.. sampaikan kita pun kadang-kadang terleka juga kan.. (na'udzubillahi min dzaliik)

Allah ceritakan perihal mereka ini golongan yang tidak beriman .. yang kerjanya melalaikan manusia dari jalan Allah.. yang balasannya; tidah lain hanya azab Allah..

kenapa Allah ceritakan pada kita..? supaya kita juga sentiasa pelihara diri; bila membaca ayat2 yang ditujukan kepada golongan tidak beriman, jangan baca hanya guna cermin mata, tapi bacalah juga dengan cermin hati, cermin diri, takut2 kita juga punyai ciri-ciri sedemikian .. maka kita juga tidak lepas dari azab Allah..

Macam ni rupanya Allah mendidik ..

mula-mula Dia ceritakan, Al-Quran itu punyai hikmah (rahsia).. buat orang-orang yang mukhsin.. ganjarannya Allah akan pelihara, dengan petunjuk dan rahmatNya dengan syarat mestilah penuhi ciri-cirinya.. Allah sebutkan juga kan ..

Lepas tu Allah peringatkan juga kita, tentang tabiat orang-orang yang tidak beriman yang Allah laknat mereka dengan azabNya... supaya kita tidak tergolong sebahagian daripada mereka .. supaya kita juga tidak terlalai dengan perbuatan mereka..

... moga kita dapat sama2 ambil manfaat dan peringatan..., insyaAllah..
Posted by author at 10:10 PM

Monday, February 20, 2006

Lil Mukhsinin

Saban hari kita mendampinginya, membacanya, menghafalnya.. apakah hanya sampai tenggorokan atau terus memasuki jendela hati dan menerangi jiwa, .. sampaikan kita terasa nikmat cinta dan kasih yang begitu suci; lebih agung dari cinta qais kepada lailanya, cinta itu menghubungkan hamba yang kerdil dengan Penciptanya ..

Ia sesuatu yang hidup!


Tilka ayaatul kitaabil hakeem - inilah ayat-ayat Quran yang mengandungi hikmah.
Hudan warahmatan - sebagai petunjuk dan rahmat.

Jelas benar, ia bukan sekadar ayat mati, ia bukan sekadar bait-bait puisi yang menjadi ucapan manusia.. Quran itu mengandungi cinta dan kasih sayang Tuhan, Dia hadirkan qalamNya yang menjadi penghubung petunjuk serta rahmatNya..

Tapi buat siapa?

Lil mukhsinin - bagi orang-orang yang berbuat kebaikan.

Nah, apakah kita tergolong mukhsinin? Bila berbuat kebaikan, apakah kita termasuk golongan yang disebutkan? Justeru bagaimana pula mereka yang tidak beriman? Di sekeliling kita ini juga ramai non-muslim yang menyumbang harta dan tenaga mereka untuk kebajikan.. bahkan kita lihat usaha mereka lebih lagi daripada muslim sendiri.

Waqodimnaa ilaa ma 'amilu min 'amalin fajja'alnaahu habaa an mansuuro
Dan Kami akan perlihatkan segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami akan jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan. (QS Al-Furqaan, 25:23)

Bagi orang-orang yang tidak beriman, kebaikan-kebaikan mereka bagai debu yang berterbangan; tidak ada nilainya di sisi Allah.

Justeru apakah ihsan?

Alhadis riwayat Muslim
An ta'budaLlaha kaannaka taraahu fainllam takun taraahu fainnahu yaraak.
Engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat Allah, jika engkau tidak melihatNya maka sesungguhnya Dia sentiasa melihatmu.

Itulah jawapan Rasulullah saw apabila ditanya perihal ihsan. Beramal, berlaku, berbuat baik dengan perasaan ma'iyatullah; merasakan kehadiran Allah. Hidup seakan-akan kita ini ada yang sentiasa mengawasi.

Alladziina yuqiimuunassholah, wayu'tuunazzakaata wahum bil aakhiroti hum yuuqinoon
(iaitu) orang-orang yang mendirikan solat, menunaikan zakat dan meyakini hari akhirat

Dalam ayat ini Allah menegaskan tiga ciri utama golongan mukhsinin.. yakni mendirikan solat, menunaikan zakat dan percaya dengan yakin kepada hari akhirat.

Andai direnung dengan lebih mendalam kita dapat melihat perintah menegakkan solat sebagai lambang hubungan manusia kepada Allah, zakat pula terkait dengan hubungan manusia sesama manusia .. seterusnya segala amal dilakukan kerana keyakinan menuju satu matlamat; yakni hari akhir bila mana segala amalan manusia dinilai dan dibalasi.

Seterusnya, tegas Allah lagi terhadap perintahNya - solat hendaklah ditegakkan/didirikan; bukan sekadar buat sebaliknya secara berterusan dan istiqomah sehingga solatatanha anil fahsyaar iwal munkar - yakni solat itu dapat mencegah kita dari melakukan perbuatan keji dan munkar.
(Robbana taqobbal minna - terimalah dari kami amal-aml kami - semoga hambaMu ini juga sentiasa dalam pemeliharaan)

Hablumminallah, hablumminannas.. baik dalam hubungan dengan Allah serta hubungan dengan manusia untuk mencari keredhaan Allah; begitulah kriteria yang Allah gariskan untuk orang-orang yang mukhsin.

Subhanallah, indahnya Islam, indah pula ayat-ayat yang disampaikan dari qalamNya. Maha Suci Allah!

Jom tengok sikit lagi ..

Ulaaika 'alaa hudammirrobbihim - mereka itu berada di atas petunjuk tuhan mereka.
Waulaaika humul muflihoon - dan mereka itulah golongan yang mendapat kejayaan.

Itu janji Allah! .. betapa bahagia dapat hidup di atas petunjuk Allah.. bahkan Allah janjikan pula kejayaan; bukan sahaja dunia malah akhirat; jelas kerana Islam membebaskan manusia dari kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat!

Awas ya, Allah menegaskan .. itu HANYA buat golongan mukhsinin!
Golongan yang berbuat kebaikan dengan keimanan kepada Allah. BENAR, sungguh Allah akan berikan petunjuk dan kemenangan; justeru mengapa kita masih lengah untuk mengerjakan perintahNya? Mengapa pula kita masih takut untuk menegakkan yang ma'ruf dan menegah yang munkar?
(ya Allah berilah hamba-hambaMu ini kekuatan!)

(to be continued, insyaAllah)
Posted by author at 4:54 PM

Saturday, February 11, 2006

RETAK

Sana-sini ....

Kecoh satu Malaysia dengan isu Lebuh Raya Lingkaran 2, MRR2 yang di kesan mengalami keRETAKan serius sehingga menyebabkannya terpaksa di tutup kepada lalu lintas kerana menghadapi bahaya runtuh .. kemudian timbul pula berita Lebuh Raya Ampang yang mengalami masalah yang sama membuatkan Samy Vellu pening kepala jadinya.... Berhubung isu ni juga Kementerian Kerja Raya diarahkan memeriksa semua jejambat dan lebuh raya bertingkat seluruh negara ..

Lepas ni boleh kita suruh pulak depa periksa bangunan-bangunan tinggi dan rumah-rumah.. ada retak?

Kata Samy Vellu .. pergi laa check semua, lepas tu tulis semua binaan dalam Malaysia tidak selamat, tidak baik .. (heheh, melenting dia!)

Itu kes jejambat retak .. macam mana pulak kes AKHLAK generasi mudaIslam yang sudah lama RETAK MENANTI BELAH? Atau boleh kita sifatkan sudah RUNTUH?

Senyap je semua .... ke kita semua fikir kes ini masih SELAMAT, jadi tak perlu kerja-kerja pembaikan, biarkan aje?.. atau nak tunggu semuanya RUNTUH dulu baru kita bina balik ... (sedangkan nak bina jejambat pun takleh tanggung kos...)

Lihat tanah air .. (jangan bandingkan kita dengan nihon jin yer... mereka dah sah-sah takde agama, takde panduan .... kita melihat saudara-saudara seaqidah kita, kita melihat juga diri kita...)

Masyarakat muslim tanah air...Di mana pincangnya? Di mana salahnya? Di mana kurangnya?
Ini assignment pada semua .. menjadi pemikir-pemikir masalah masyarakat (seterusnya penggerak kepada perubahan)... Antara point-point yang perlu di ambil perhatian ..

1. Amalan yang bertentangan dengan syariat atau melawan fitrah (beserta study case)
2. Sudah jadi budaya .. ini salah! (eh eh.. aku pun buat ke benda ni ...? > muhasabah diri)
3. Ape ye puncanyer?
4. Peranan institusi kekeluargaan
5. Peranan institusi pendidikan
6. Tindakan yang di ambil oleh kerajaan atau badan bukan kerajaan .. (memadaikah?)
7. Apa yang perlu kita lakukan

Mm.. blurr lagi ye.. nanti kak ayu terangkan detailnyer.. (hari ni, insyaAllah)

Berbalik pada isu Samy Vellu .. silap-silap.. isu lebuh raya bertingkat yang retak .. .. (kesian ibu kak ayu kena traffic jam tetiap pagi.. )

Apa yang boleh kita review dari isu retak ni?

1. Reka bentuk menjadi salah satu punca..
Pembinaan. Untuk mendirikan sebuah binaan perlu pelan dan ukuran yang tepat; mengambil kira semua aspek sama ada dalaman (ex bahan binaan) juga luaran (ex daya tahan cuaca ).

2. Penyelenggaraan.
Pentingnya penyelenggaraan yang berterusan dan konsisten terhadap binaan untuk memastikannya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat... juga untuk mengelakkan kerosakan yang lebih besar berlaku.

3. Pengesanan dan tindakan yang cepat terhadap sebarang kerosakan atau kecacatan
Tindak balas dan respons yang cepat dari pihak yang bertanggungjawab penting untuk memperbaiki kerosakan yang dikesan. Lakukan kajian, dan ambil tindakan baik pulih; ++ kerjasama semua pihak

Masalah yang sama dari sudut yang berbeza yang boleh kita ambil perkaitannya.. Dalam membina masyarakat Islam, generasi-generasi Rabbani, yang menjadi pendukung Islam. Pembinaan, pendidikan dan penjagaan ...

Di mana kita? Ke mana kita?

Kak ayu tinggalkan semua dengan pertanyaan-pertanyaan untuk difikirkan sedalam-dalamnya..

Hint: Singkapi juga sirah Rasulullah shollahu alaihi wassalam .. bagaimana baginda menghadapi keruntuhan masyarakat pada zamannya. Kita akan jumpa begitu banyak titik pertemuan dan persamaan.. renungi kembali pendekatan yang dibawa oleh Rasulullah untuk mendidik para sahabat, seterusnya membangunkan ummah di bawah satu aqidah - yang mentauhidkan Allah - Islam. Jadikan sirah itu cermin kehidupan kita..

Pembentangan assignment - pertemuan pertama SEMESTER DEPAN , insyaAllah

Selamat bercuti semua.. manfaatkan cuti dengan sebaiknya.. jadikan ini masa kita RETREAT (bukan mundur.. tapi merancang strategi ..)

Jumpa bulan April nanti, insyaAllah.
Posted by author at 7:32 AM

minggu nih ..

salam sume .. ape khabar anak-anak yang dah merdeka .. ? yang belum merdeka, sama2 kita teruskan perjuangan..

early notice untuk minggu ni.. Sabtu, 11 Feb 2006 (fuh hampir-hampir menulis MAC sekali lagi .. minat tul ngan bulan Mac) .. venue: umah kak ayu ..

mm datang laa petang seblm maghrib ke, tidur umah kak ayu ne .... plannyer nak wat makan nabe (bukan makan nabe hontai .. ye)

ape lagi ek, sarah chan mada2 shiken da yo ne ....(diberi pengecualian), datang makan je pun ok.. sabtu da mon..

lagi .. nanti kak ayu email privately..

semoga Allah memudahkan dan melancarkan; memberi peluang untuk sebuah lagi pertemuan, insyaAllah.

minna, saigo made ganbarou ne!
Posted by author at 6:00 AM

Tuesday, February 07, 2006

buktikan kecintaan kita padanya .. satu muqaddimah

MUHAMMAD, sholaLlahu 'alaihi wassalam

Dengan nama yang begitu mulia, jutaan bibir setiap hari mengucapkannya, jutaan jantung setiap saat berdenyut, berulang kali. Bibir dan jantung yang bergerak dan berdenyut sejak seribu tiga ratus limapuluh tahun. Dengan nama yang begitu mulia, berjuta bibir akan terus mengucapkan, berjuta jantung akan terus berdenyut, sampai akhir zaman ..

Pada setiap hari di kala fajar menyingsing, lingkaran-lingkaran putih di ufuk sana mulai nampak hendak menghalau kegelapan malam, ketika itu seorang muazzin bangkit, berseru kepada setiap makhluk insani, bahwa bangun bersembahyang lebih baik daripada terus tidur. Ia mengajak mereka bersujud kepada Allah, membaca selawat buat Rasulullah.

Seruan ini disambut oleh ribuan, oleh jutaan umat manusia dari segenap penjuru bumi, menyemarakkannya dengan salat menyambut pahala dan rahmat Allah bersamaan dengan terbitnya hari baru. Dan bila hari siang, mataharipun berangkat pulang, kini muazzin bangkit menyerukan orang bersembahyang lohor, lalu salat asar, magrib, isya. Pada setiap kali dalam sembahyang ini mereka menyebut Muhammad, hamba Allah, Nabi dan RasulNya itu, dengan penuh permohonan, penuh kerendahan hati dan syahdu. Dan selama mereka dalam rangkaian sembahyang lima waktu itu, bergetar jantung mereka menyebut asma Allah dan menyebut nama Rasulullah. Begitulah mereka, dan akan begitu mereka, setelah Allah memperlihatkan agama yang sebenarnya ini dan melimpahkan nikmatNya kepada seluruh umat manusia.


-to be continued-

(rujukan: e-book sirah hasilan MUHAMMAD HUSAIN HAEKAL)
Posted by author at 8:23 PM
Archives
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
April 2006
July 2006
November 2006
May 2008
Recent Posts
Insyirah 02/08
Buat puteri-puteri tersayang..
Syeikh Ahmad Yassin
pinjam ruang sikit..tarikh: 11 Feb 2005 @ saginuma...
Prolog: satu kelahiran agung
lahwal hadis..
Lil Mukhsinin
RETAK
minggu nih ..
buktikan kecintaan kita padanya .. satu muqaddimah
Hafazan


Surah An-Naba' : Saad al Ghamidi


Surah An-Naazi'aat : Saad al Ghamidi


Surah 'Abasa : Saad al Ghamidi


Surah At-Takwir : Saad al Ghamidi


Surah Al-Infithaar : Saad al Ghamidi


Surah Al-Muthaffifin : Saad al Ghamidi


Surah Al Insyiqaaq : Saad al Ghamidi


Surah Al Buruuj : Saad al Ghamidi


Surah Ath Taariq : Saad al Ghamidi


Surah Al A'laa : Saad al Ghamidi


Surah Al Ghaasyiyah : Saad al Ghamidi


Surah Al Fajr : Saad al Ghamidi


Surah Al Balad : Saad al Ghamidi


Surah Asy-Syams : Saad al Ghamidi


Surah Al Lail : Saad al Ghamidi


Surah Adh Dhuhaa : Saad al Ghamidi


Surah Al Insyirah : Saad al Ghamidi


Surah At-Tiin : Saad al Ghamidi


Surah Al 'Alaq : Saad al Ghamidi


Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com