Syeikh Ahmad Yassin
Seperti dalam usrah yang sebelum ini, tajuk yang dikupas oleh Hanis tentang Zionisme, kat sini nak la share ngan kawan2 semua ttg bapa intifadah Palestin. Hanis ade cerita ms pengisian tapi maybe ade satu dua kesilapan yang xperasan..so sama2la kite share. Actually br jek hbs baca 2buku berkaitan palestin. I.Allah lps ni hbskan buku yg dipinjam dr kak ayu..
KEHIDUPAN AWAL S.A.Y- Nama sebenar Ahmad bin Ismail bin Yassin
- Dilahirkan di Kg. Al-Jora, daerah Al-Majdal, Selatan Gaza pada 1936 (thn yg sama dgn revolusi pertama rakyat Palestin menentang Yahudi di Gaza)
- Nama Ahmad diberi ibunya berdasarkan mimpi bahawa anaknya akan menjadi anak yg soleh
- Bapanya meninggal sewaktu umurnya 3tahun (bertukar dr keluarga kaya kepada miskin)
- Keluarganya terpecah dua (kawasan pantai Gaza & kawasan Selatan Gaza) selepas pendudukan rejim Zionis di Palestin
PENGLIBATANNYA DALAM DAKWAH
- Diterima menjadi anggota gerakan dakwah Ikhwanul Muslimin pd 1955
KELUMPUHANNYA
- 1952, ketika berusia 16tahun, beliau mengalami kecederaan sewaktu riadah bersama rakan di tepi pantai-aktiviti bersama remaja gerakan Ikhwanul Muslimin (tengkuk patah & terlantar 45hari di hospital)
- mereka membina menara manusia dan beliau berada paling bawah sbg pasak
- Dirawat di Hospital UNRWA
- Selepas itu, beliau lumpuh bahagian kaki seumur hidup
PERKAHWINANNYA
- Berkahwin dengan sepupunya, Halimahpada awal tahun 60-an
- Dikurniakan 2 anak lelaki (kedua2nya mati selepas lahir - kedua2 dinamakan 'Aid)
- Kemudian dikurniakan 2 putera dan 7 puteri
PEGLIBATAN DGN PERJUANGAN KEMERDEKAAN PALESTIN
- Usaha awal dimulakan dgn menyuntik semangat warga muda melalui khutbah2, kelas pengajian dan program tahfiz di Gaza
- Tahun 70-an menubuhkan Akedemi Islam yg menumpukan usaha dikalangan pemuda
- Mendapat lesen menubuhkan sekolah2 pada tahun 1973 (membuka ruang yg lbh besar untuk beliau berdakwah)
- Dengan persetujuan rakan2 yg lain, HAMAS ditubuhkan pada 1987
- Matlamat utama HAMAS, membebaskan keseluruhan bumi Palestin drpd penjajahan rejim Zionis dgn metodologi Islam dan membina masyarakat yg berjiwa Islam, berilmu da berwawasan
- Beliau dan HAMAS memulakan intifadah gelombang ke-2 pada tahun 2000 bangkit menentang tentera rejim Zionis yg tlh mengotori Masjidil Aqsa dgn kedtgn PM rejim yg baru (Ariel Sharon)
PENAHANANNYA DI PENJARA REJIM ZIONIS
- Ditahan pertama kalinya pada tahun 1988
- Rumahnya dirobohkan & beliau disoal siasat serta diugut untuk dibuang ke Lubnan jika tidak hentikan hasutan menentang rejim Zionis
PEMBUNUHAN S.A.Y 22 MAC 2004
- Beliau dlm perjalanan pulang dr Masjid Akademi Islam slps solat Subuh
- 3buah helikopter rejim Zionis menyerangnya dgn 3 peluru berpandu
- peluru pertama menghancurkan kerusi rodanya
- peluru kedua & ketiga menjadikan beliau cebisan2 daging dan otak beliau hancur
- Bukti rindunya beliau akan syahid: "Ayah, di luar kedengaran bunyi helikopter yang ingin memburumu..." kata anaknya sebelum mereka sama2 keluar untuk solat subuh di masjid. Lantas beliau menjawab "Biarkanlah. Aku juga menantinya di sini".
So, stakat ni jela kut dulu kite share. I.Allah buat rakan2 yg lain sile la share ape2 jek info lam blog ni..baca buku ape2 saje..btw, sesapa yg nak pinjam buku ni gtau la..byk lagi yg disentuh ttg tokoh ni...I.Allah berjumpa di usrah akan datang..
Posted by mE_i_SaYa at
3:53 AM