Friday, October 28, 2005

Pintu-pintu Kebaikan dan Laluan Petunjuk

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Usrah 29 Oktober 2005; Saginuma
Pengisian by kak ayu;

InsyaAllah kali ni kak ayu nak kongsi hadis 29 daripada hadis arbain, susunan Imam Nawawi..

Hadis sahih riwayat al-lmam al-Tirmizi.

Daripada Mu'az ibn Jabal r.a. beliau berkata: Aku berkata: Ya Rasulullah! Terangkan padaku suatu amalan yang boleh memasukkan aku ke dalamsyurga dan menjauhkan aku daripada api neraka.

Baginda bersabda: Sesungguhnya engkau telahbertanya suatu perkara besar, namun sesungguhnya ia adalah ringan bagi orang yang dipermudahkanAllah; iaitu engkau menyembah Allah, jangan mensyirikkanNya dengan sesuatu, engkau mendirikansembahyang, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah.

Kemudian Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku tunjukkan beberapa pintu kebajikan? Puasa ituadalah perisai, sedekah dapat madamkan dosa seumpama air memadamkan api dan sembahyangseorang lelaki di tengah malam.

Kemudian Baginda membaca ayat al-Qur'an yang bererti: (Tulangtulangrusuk mereka telah renggang dari tempat tidur mereka. Mereka menyeru Tuhan mereka denganperasaan takut dan penuh harapan dan mereka membelanjkan sebahagian rezeki yang Kami kurniakankepada mereka. Seseorang tidak mengetahui apakah yang disembunyikan bagi mereka yang terdiridaripada perkara yang menyejukkan mata sebagai balasan terhadap amalan yang mereka telahlakukan).

Kemudian Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku khabarkan kepadamu tunggak segalaamal, tiang-tiangnya dan puncaknya?

Aku berkata: Mahu ya Rasulullah! Baginda bersabda: Tunggakamalan ialah lslam, tiang-tiangnya ialah sembahyang dan puncaknya ialah jihad.

Kemudian Bagindabersabda: Apakah engkau mahu aku khabarkan kepadamu kunci segala perkara tersebut?

Aku berkata:Mahu ya Rasulullah! Lalu Baginda memegang lidahnya seraya bersabda: Peliharalah benda ini! Akuberkata: Ya Nabi Allah! Adakah kita akan diseksa lantaran apa yang dibicarakannya? Bagindabersabda: lbumu akan kehilanganmu wahai Mu'az! Tiadalah manusia itu dihumbankan mukanya - atauBaginda bersabda - dihumbankan batang hidungnya ke dalam api neraka kecuali kerana hasil tanaman lidah-lidah mereka



Hadis ni sebenarnya menceritakan tentang amalan2 salih yang membolehkan seseorang masuk ke dalam syurga dan menjauhkannya daripada neraka. Kenapa Rasulullah kata perkara ni amat agung? ... kerana untuk memasukkan manusia ke dalam syurga dan menyelamatkan mereka daripda neraka adalah satu perkara yang amat agung justeru itulah Allah mengutuskan para rasul dan menurunkan kitabNya... sebab itulah Rasulullah menyifatkan pertanyaan ini sebagai suatu persoalan yang besar dan memerlukan jawapan yang panjang..

1. Kita lihat bagaimana prihatinnya Mu'az terhadap amalan2 hadis..
Siapa Mu'az bin Jabal ni...?
Mu'az dilahirkan di Madinah, antara 72 orang awal yang membuat bai'ah pada Rasulullah, diislamkan melalui Mus'ab bin Umair yang diutuskan untuk berdakwah di Madinah. Mu'az ni seorang sahabat yang pintar dan berdedikasi, selalu berdampingan dengan Rasulullah saw semasa baginda berada di Madinah.. sebab itulah Mu'az ni antara sahabat yang memiliki kefahaman yang tinggi pada Al-Quran dan syariat2 Islam..

Pernah Rasulullah saw bersabda, "yang aku maksudkan sahabat yang paling memahami halal dan haram ialah Mu'az bin Jabal"

Sesungguhnya pertanyaan2 Mu'az menunjukkan prihatinnya beliau terhadap amalan-amalan salih dan kesungguhannya untuk mengetahui amalan2 tersebut daripda Rasulullah saw. Ringkas dan padat je Mu'az tanya; menunjukkan kefasihan dan kepetahannya.. sehingga nabi saw memuji pertanyaannya.

2. Amalan adalah sebab untuk masuk syurga
Perkara ni difahami daripada kata-kata Mu'az, " Ceritakan kepadaku suatu amalan yang akan memasukkan aku ke dalam syurga"

Di dalam Al-Quran Allah swt berfirman,


Dan itulah surga yang diwariskan kepada kamu disebabkan amal-amal yang dahulu kamu kerjakan.

Mengenai sabda nabi saw, " Setiap kamu sekali-kali tidak akan memasuki syurga dengan sebab amalan kamu"

.. hadis ni bermaksud tidak ada seorangpun yang berhak memasuki syurga semata-mata dengan sebab amalannya.. amalan tersebut semestinya disertai dengan penerimaan yang berlaku dengan kelebihan dan rahmat yang dikurniakan oleh Allah kepada hambaNya.

Taufiq untuk melakukan amal salih di dunia ini berada di tangan Allah. Sesiapa yang Allah berikan padanya hidayah, maka dia mendapat hidayah dan beramal. Sebaliknya orang yang dikurniakan hidayah akan terus berada dalam kesesatan dan tidak beramal.

Allah swt berfirman ;

"Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa, dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga), maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah. Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup, serta mendustakan pahala terbaik, maka kelak Kami akan menyiapkan baginya (jalan) yang sukar." QS Al-Lail : 5 - 10

3. Melaksanakan rukun-rukun Islam

Nabi saw memberi jawapan kepada Mu'az bahawa dengan mentauhidkan Allah dan menunaikan fardhu2 Islam seperti solat, zakat, puasa dan haji adalah adalah amal salih yang dengan kurniaan, ihsan dan rahmatNya menjadi sebab untuk memasuki syurga.

4. Pintu-pintu kebaikan

Nabi saw telah menasihatkan Mu'az supaya melakukan perkara2 sunat setelah menyempurnakan perkara fardhu supaya dia mendapat kecintaan Allah.

sabda Rasulullah saw daripada Tuhannya;

"Dan hambaKu tidak bertaqarrub kepadaKu dengan sesuatu yang lebih aku sukai daripada apa yang telah Aku fardhukan ke atasnya. Dan sentiasalah hambaKu bertaqarrub kepadaKu dengan amalan sunat sehinggalah Aku mencintainya"

pintu-pintu kebaikan :

i. puasa sebagai benteng

ii. sedekah menghapuskan kesalahan

iii. sembahyang malam

5. Kepala segala urusan adalah Islam, tunggaknya adalah solat dan kemuncaknya adalah jihad

6. Anak kunci segala urusan ialah lidah

Hadis ini mengajarkan kepada kita amalan2 yang dituntut untuk membolehkan kita mendapat syurga Allah selain bersandarkan ihsan dan kasih sayangNya.

wallahu'alam

Posted by author at 12:28 AM

Saturday, October 15, 2005

Kuliah online 15 Oktober 05 with sya

Kuliah Online 15 Oktober 05

Tilawah dan tadabbur : Al-Mu'minun : 1 ~ 30
Ulasan : 1. Ciri-ciri orang mu'min :
i. orang yang khusyuk dalam solat
ii. orang yang menjauhkan diri daripada perkara2 lagha (perbuatan/perkataan yang tidak berguna).
iii. orang yang menunaikan zakat
iv. orang yang memelihara kehormatan/kemaluan (kecuali terhadap isteri dan hamba sahaya yang dimiliki).
v. orang yang memilihara amanah dan janji
vi. orang yang memelihara solat.
2. Ganjaran syurga kepada orang2 mu'min
3. Kisah penciptaan manusia
- diciptakan daripada tanah
- setiap manusia akan menemui mati
4. Allah tidak menciptakan bumi dan seluruh isinya dengan sia- sia
- manusia perlu menggunakan akal untuk memikirkn penciptaannya
5. Kisah nabi Nuh
- meyakini Allah sebagai pelindung
- orang2 zalim pasti akan menerima pembalasanNya

Kefahaman Islam: Pengenalan Islam

1. Mengapa dinamakan Islam
-Islam menunjukkan sifat yang dibawa oleh makna perkataan itu sendiri
- tidak khusus untuk umat tertentu tetapi untuk umat keseluruhannya sehingga akhir zaman

2. Makna perkataan Islam
- tunduk dan patuh kepada perintah yang Maha Pemerintah dan laranganNya tanpa bantahan

3. Hakikat Islam
- tiap sesuatu di alam ini tertakluk kepada satu kaedah/aturan tertentu
- cth matahari, bulan dan bintang2
air, tanah dan tumbuhan
- semuanya tidak mengembang, tidak menyusut, tidak hidup dan tidak mati melainkan
dgn kehendak Penciptanya
- sama seperti manusia yang hidup dengan aturannya ..cth anggota tubuh.. tidak akan berbuat selain sejauh batasan yang ditetapkan oleh Allah
- secara keseluruhannya semua ciptaan Allah bergerak mengikut aturannya (tunduk kepada
ketetapan Allah
- 2 golongan manusia :
i. mereka yang mengenal Penciptanya, tunduk dan patuh kepadaNya
ii. mereka yang tidak mengenal tuhan, bertindak mengikut akal dan pandangan serta penelitian sendiri

4. Hakikat kufur
- siapa golongan kufar ? .. mereka ialah golongan yang dilahirkan muslim (hidup dengan aturan Pencipta), yang keislamannya tidak diketahui atau disedari ,, tapi dia tidak menggunakan kekuatan ilmu dan akalnya utk mengetahui siapa yang menciptakannya
-Golongan ini merasa bongkak untuk memperhambakan diri kepada Tuhan... tidak mahu mengikat diri dengan undang2 syarak, tak nak beriman dengan ayat2 yang diturunkanNya (al-Quran)
- Kufur adalah kejahilan (kebodohan) paling besar! ... kenapa? kerana mereka menyaksikan penciptaan diri, penciptaan alam, penciptaan siang dan malam tetapi tidak kenal siapa Penciptanya
- Kufur adalah kezaliman yang paling besar! ... ia melanggar fitrah manusia yang bergantungan kepada Tuhan.. sedangkan fitrahnya sendiri mengikut ketetapan Allah
- Kufur juga adalah satu pemesongan, penentangan dan pengingkaran, kekejian yang dilakukan terhadap peraturan Allah
- kalau orang tidak kenal ALlah, yakni Pencipta seluruh isi alam ..bagaimana dia boleh kenal secara benar segala yang diciptakan oleh Allah .. kebiasaannya golongan kufar ini akan terpesong pemikirannya, binasa akhlak dan perkembangannya .

Posted by author at 8:10 PM
Archives
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
April 2006
July 2006
November 2006
May 2008
Recent Posts
Insyirah 02/08
Buat puteri-puteri tersayang..
Syeikh Ahmad Yassin
pinjam ruang sikit..tarikh: 11 Feb 2005 @ saginuma...
Prolog: satu kelahiran agung
lahwal hadis..
Lil Mukhsinin
RETAK
minggu nih ..
buktikan kecintaan kita padanya .. satu muqaddimah
Hafazan


Surah An-Naba' : Saad al Ghamidi


Surah An-Naazi'aat : Saad al Ghamidi


Surah 'Abasa : Saad al Ghamidi


Surah At-Takwir : Saad al Ghamidi


Surah Al-Infithaar : Saad al Ghamidi


Surah Al-Muthaffifin : Saad al Ghamidi


Surah Al Insyiqaaq : Saad al Ghamidi


Surah Al Buruuj : Saad al Ghamidi


Surah Ath Taariq : Saad al Ghamidi


Surah Al A'laa : Saad al Ghamidi


Surah Al Ghaasyiyah : Saad al Ghamidi


Surah Al Fajr : Saad al Ghamidi


Surah Al Balad : Saad al Ghamidi


Surah Asy-Syams : Saad al Ghamidi


Surah Al Lail : Saad al Ghamidi


Surah Adh Dhuhaa : Saad al Ghamidi


Surah Al Insyirah : Saad al Ghamidi


Surah At-Tiin : Saad al Ghamidi


Surah Al 'Alaq : Saad al Ghamidi


Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com