Friday, May 02, 2008

Insyirah 02/08

Tentatif liqo'

Kumpulan : Insyirah
Tarikh : 3 Mei 2008
Masa : 830 malam
MC : Wawa
Tazkirah : Fizah

Pengisian : Misi syahadatain
Posted by author at 3:56 PM

Monday, November 06, 2006

Buat puteri-puteri tersayang..

Takatsue, Fukushima : 3-5Nov06 @ 11-13 Syawal 1427H



Apabila sebuah pertemuan tercipta, padanya sebuah kesyukuran.. kegembiraan dan kebahagian melihat wajah-wajah tersayang, raut puteri-puteri pilihan. Tiada pengucapan setanding anugerah-Nya, mentakdirkan sesuatu penuh bijaksana, meski hati-hati ini ragu bila diusik kepayahan...

AlhamduliLlahi summalhamduliLLah.. perjalanan 7 jam bersama menemukan sebuah daerah tenang, damai yang menjadi saksi bertemunya hati-hati yang disatukan kerana Illahi..

Perkongsian bermula dengan tayangan video kisah pejuang-pejuang agama menakluki dunia jua hati-hati manusia.. bermula dakwah Rasulullah saw lebih 1400tahun lalu yang membawa kepada penegakan Daulah Islamiyah di Madinah serta Fathul Makkah, disusuli kejayaan gemilang sahabat; Umar Al-Khattab membebaskan Baitul Maqdis.. kemudian Al-Ayubi dan Al-Fatih...

Allahu akbar! Allahu Akbar!
Kisah ain Jaloot mengajar.. bagaimana kesatuan itu adalah kunci kejayaan.. sebagaimana yang diimani seteguhnya oleh Panglima tentera muslimin pada masa itu, Mahmood Saifuddin Qutz.. dan pertolongan Allah mengatasi segala kelemahan apabila kebenaran Islam berjaya menumpaskan kekejaman Tartar.. sehingga ia menjadi permulaan hitam Monggolia di dalam sejarah peradaban dunia.

Namun.. muslim terus terlekakan.. silauan dunia dan harta .. sehingga cinta pada yang dunia yang fana melebihi cinta kepada pengorbanan dan jihad agama. ISK memperlihatkan bagaimana Islam pernah menguasai dunia, sebagaimana Islam juga pernah dipancung musuh-musuhnya..

Dimanakah kita?

Kita sering berbicara soal kejahilan masyarakat Arab sebelum kedatangan Rasulullah saw.. kita meyakini cahaya yang diutuskan Dia sebagai rahmat sekalian alam, yang meninggikan kembali darjat-darjat manusia, yang membawa muslimin sebagai Ustaziyatul Alam (Penguasa Dunia)..

Namun sedarkah dimana kita kini?
Lihatlah pemuda pemudi seagama.. dimanakah Islam pada diri mereka? Yang tinggal hanya pada gelaran, hanya pada nama. Gentar pada hati-hati musuh terhadap Muslimin bertukar keghairahan menyaksikan Islam dipersendakan.. mereka memijak kepala-kepala kita sambil tertawa bertanya, dimanakah Al-Ayyubi? Di manakah Al-Fatih kalian ..

Melihat kembali pada diri .. dimanakah jihad di manakah kesungguhan, dimanakah keimanan.
Apa yang menguasai kegerunan.. pada Tuhan atau propaganda musuh yang melemahkan?
Apa yang menguasai keinginan.. janji Tuhan atau tawaran kesenangan kehidupan dunia yang sementara?

Di sini bermula .. menyelak perjalanan risalah yang terus segar.. begitu manusia agung Muhammad mengajarkan daripada qalam-Nya.. begitulah seharusnya kita menyusuri jalan yang tidak pernah sunyi.. (Yusof : 108)

Tarbiyah bukanlah segala-galanya namun segalanya tidak bisa diraih tanpa tarbiyah

Dari umat jahiliah menjadi khaira ummah .. memproduksikan kader-kader soleh wa musleh di dalam sebuah pelayaran bernafas panjang .. dan segalanya bermula dengan niat yang satu .. mardhatiLlah. Sebagaimana tarbiyah menjadi interaksi paling ideal dengan fitrah manusia, menaikkan darjat dan memberikan kemuliaan sehingga kemudian menjadi golongan yang disebutkan Allah sebagai umat terbaik di antara manusia (Al-Imran : 110).

Puteri-puteri ku sayang,
Apabila Allah menurunkan qalam-Nya itulah marsum cinta teragung, yang padanya terdapat hikmah ... menjadikan muslim yang taat sebagai kekasih yang beruntung, malahan itulah yang terbaik untuk sekalian umat ciptaan-Nya. Moga jalan tarbiyah rabbani yang sama-sama kita susuri mampu mencorak peribadi muslim yang unggul seterusnya menaiki anak-anak tangga membawa panji-panji agama dan menegakkannya di dalam hati-hati ummat.

Jadikanlah marsum cinta itu sebagai pedoman yang diuliti sepanjang waktu .. rasailah kedekatan-Nya.. sesungguhnya Dia terlalu hampir, terlalu dekat pada hati-hati yang selalui menguntumkan zikruLlah jua yang mengimani keEsaanNya dengan ruh, akal dan jasad.

Dan semoga nafas-nafas kita di jalan ini terus segar dan panjang.. semoga Allah merahmati pertemuan, semoga Allah perteguhkan hati-hati kita di jalan-Nya..

Perpisahan semalam masih berbekas di ingatan, seakan pertemuan itu yang terakhir.. namun diri percaya dan terus mengimpikan pertemuan dengan puteri-puteri tersayang.. menguntum salam dan senyuman, dalam dakapan erat menyimpul ikatan.. dalam suasana lebih cemerlang..

..seindah pertemuan di syurga-Nya yang kekal
Posted by author at 6:38 PM

Thursday, July 13, 2006

Syeikh Ahmad Yassin

Seperti dalam usrah yang sebelum ini, tajuk yang dikupas oleh Hanis tentang Zionisme, kat sini nak la share ngan kawan2 semua ttg bapa intifadah Palestin. Hanis ade cerita ms pengisian tapi maybe ade satu dua kesilapan yang xperasan..so sama2la kite share. Actually br jek hbs baca 2buku berkaitan palestin. I.Allah lps ni hbskan buku yg dipinjam dr kak ayu..

KEHIDUPAN AWAL S.A.Y

PENGLIBATANNYA DALAM DAKWAH

KELUMPUHANNYA

PERKAHWINANNYA

PEGLIBATAN DGN PERJUANGAN KEMERDEKAAN PALESTIN

PENAHANANNYA DI PENJARA REJIM ZIONIS

PEMBUNUHAN S.A.Y 22 MAC 2004

So, stakat ni jela kut dulu kite share. I.Allah buat rakan2 yg lain sile la share ape2 jek info lam blog ni..baca buku ape2 saje..btw, sesapa yg nak pinjam buku ni gtau la..byk lagi yg disentuh ttg tokoh ni...I.Allah berjumpa di usrah akan datang..

Posted by mE_i_SaYa at 3:53 AM

Thursday, April 13, 2006

pinjam ruang sikit..

tarikh: 11 Feb 2005 @ saginuma; 3:154-180.. semua

tarikh: 9 April 2005 @ 10 Rabiulawal 1427H.. tempat, saginuma.. bahan bedah RU4; oleh halimah, hanis dan yatt. 3:181-186
Posted by author at 11:38 PM

Saturday, April 08, 2006

Prolog: satu kelahiran agung

10 Rabiulawal 571 Masihi. Dia merenung langit malam yang semakin merangkak usia.. kemudian menyelak kembali helaian kitab Taurat yang ditekuninya; disuluh cahaya langit yang luar biasa cerahnya. Dingin sentosa melapangkan jiwanya.. seolah-olah datang satu ketenangan yang tidak pernah ia kecapi sebelumnya. Bibir tuanya melukis senyuman; tidak salah lagi hari kelahiran agung itu bakal menjelma atau mungkin sudah tiba?.. utusan terakhir Tuhan langit dan bumi. Dan nur rahmatNya bakal melimpahi hujung Timur hingga seluruh barat. Begitu firasat Buhaira.

Ibu muda itu terjaga... mengusap perutnya yang membunjut. Pelik sungguh mimpinya.. melihat cahaya indah menerangi istana-istana raja Syam.. seakan-akan cahaya itu keluar dari dirinya sendiri. Saat itu wajah kecintaannya terlintas di benaknya; tidak pernah padam seraut wajah tenang dan bersih yang telah tiada. Alangkah bahagianya kalau Abdullah ada bersama di sisinya, menyambut kelahiran cahaya mata pertama.. Tapi dia tetap syukur; dikurniakan anak penyambung cintanya yang tidak pernah luput.

"Menyalalah dian yang menerangi seluruh alam; dan setiap mulut mengukir senyuman, melafazkan pujian"

12 Rabiulawal 571 Masihi : Telah lahir putera - Aminah bergembira; Abdul Muttalib tersenyum bahagia.. seluruh alam menyambut ria kelahirannya.. Cahaya gemilang menyinar seluruh bumi Tuhan... timur ke barat.

Anak itu lahir, keluar seakan terus bersujud ke bumi.

Di satu sudut bumi Tuhan, Buhaira sujud mengagumi kebenaran janji-Nya... apakah sempat dia berjumpa pembawa risalah, kekasih Allah penutup segala nabi dan rasul...?


"Dan demikian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) - Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati suruhan Kami); engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu); apakah kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi , Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah pemberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus."
(QS asy-Syura [42] : 52)


-6 Rabiulawal 1427H-
Posted by author at 6:08 PM

Tuesday, February 21, 2006

lahwal hadis..

Apa saja yang kita bicarakan hari ni? Apakah ia sekitar perkara-perkara dunia yang kita harapkan, atau mungkin juga cerita-cerita yang bisa buat kita terhibur ketawa.. apakah setiap hari pula kita begini .. dan hari berlalu tanpa kita sedari..

sehingga satu masa bila daun gugur dari rantingnya...

insyaAllah, kita sambung satu lagi ayat dari surah Luqman ye... actually nak masukkan terus dalam posting sebelum ni.. satu ayat je lagi..satu ayat yang penting!

Sebelum ni, kita dah lihat bagaimana janji Allah terhadap golongan mukhsinin.. golongan yang Allah kurniakan petunjuk dan rahmatNya daripada Al-Quran.. golongan yang sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai panduan dan manual hidupnya..

Tapi seterusnya dalam ayat ke-6 Allah berfirman;
waminannasi mayyasytari lahwal hadisi liyudilla 'an sabilillahi bighairil 'ilmi, wayattahizaha huzuwa, ulaaika lahum 'azaabun muhin.

maksudnya;
Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan percakapan kosong untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah tanpa ilmu dan menjadikannya olok-olokan. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan.

Allah menegaskan di kalangan manusia itu ada mereka2 yang sentiasa menyibukkan diri dengan lahwal hadis.. sehingga menyesatkan manusia dari jalan Allah..

Apa itu lahwal hadis ..?
kalau kita terjemahkan ke bahasa melayu ertinya percakapan yang sia-sia .. dalam mentafsir maknanya ada beberapa pendapat yang masyhur, antaranya;

[1] Abdullah bin Abbas r.a dan Abdullah bin Mas'ud mentafsirkan lahwal hadis sebagai nyanyian-nyanyian (seperti dalam tulisan ibn kathir dan al-qurtubi). Amalan nyanyian adalah sesuatu yang tidak diterima di dalam islam apabila nyanyian itu dibuat sehinggakan terbangkit nafsu manusia atau sehingga menyebabkan manusia lalai daripada perintah Allah.

[2] Pendapat yang kedua mentafsirkan lahwal hadis sebagai perkataan syirik yakni percakapan yang membawa kepada kekufuran.

[3] Imam Syaukani, Ibn Jabir dan Syed Qutb pula mentafsirkan lahwal hadis secara umum meliputi segala perkataan atau percakapan yang menyebabkan insan lalai dan terpesong.

Mmm.. daripada tafsir kita lihat ayat Allah ni ditujukan untuk mereka yang tidak beriman, golongan tidak berilmu yang percakapan mereka semuanya membawa kepada kekufuran ... maknanya selamat la kita ye?

ye ke?

lihat kembali isu kartun yang menghina nabi .. siapa punya angkara? mereka yang tidak relevan dengan islam .. jadi ini bukanlah perkara yang pelik kan .. tetapi ada orang islam sendiri yang mempersendakan agama.. dalam sikap dan amalan hidup mereka, dalam ketaatan mereka.. berapa ramai pula yang mengabaikan dan melekakan perlaksanaan syariat .. ramai kan manusia begini yang kita lihat ... itu kan menyerupai orang yang tidak beriman ..

sebab tu kita tak boleh cepat mengambil sikap menganggap diri kita selamat, hanya kerana kita beriman... tidak mustahil ciri2 itu ada dalam diri kita ...

Berapa ramai pula dalam kita mencorak anak-anak.. kita dah tanamkan ciri2 yahudi, nasrani dan majusi ..

Cthnye org yahudi yang terpaut pada dunia;
-daripada sejarah mereka, walaupn percaya dengan hari pembalasan, mereka meletakkan dunia adalah segala2nya dalam kehidupan; sejarah sistem riba dan pinjaman, perbankan konvesional - semuanya drp golongan yahudi; akhirnya ekonomi dunia berada dalam tangan mereka ..

-Ingat tak kisah larangan terhadap mereka untuk tangkap ikan pada hari Sabtu..; mereka yang tamakkan dunia ini kemudian mencipta kaedah agar ikan-ikan itu masuk ke dalam saliran supaya dapat mereka tangkap keesokan harinya.. ada saja cara mereka untuk mengatasi larangan Allah.

Dalam ibubapa mendidik anak masih ramai yang tanamkan ciri2 cintakan dunia dalam diri anak2 ..
apa yang mak bapak selalu pesan pada anak2..?
belajar rajin2 ye, nanti besar boleh hidup senang, dapat gaji besar.. (dunia aje matlamatnyer!)
Sedangkan orang islam sepatutnya menuntut ilmu untuk keredhaan Allah; mendambakan kejayaan dunia dan akhirat ..

Ciri org nasrani pula penuh dengan hiburan dan nyanyian; kelahiran anak baru, berkahwin, sampaikan bila ada kematian pun nyanyi, ibadah dan solat pun nyanyi .. dunia hiburan dikuasai mereka .. kerjanya melalaikan manusia.. terutamanya nih, anak-anak muslim yang dah lupa diri, dah jauh terpinggir dari agama.. sampaikan kita pun kadang-kadang terleka juga kan.. (na'udzubillahi min dzaliik)

Allah ceritakan perihal mereka ini golongan yang tidak beriman .. yang kerjanya melalaikan manusia dari jalan Allah.. yang balasannya; tidah lain hanya azab Allah..

kenapa Allah ceritakan pada kita..? supaya kita juga sentiasa pelihara diri; bila membaca ayat2 yang ditujukan kepada golongan tidak beriman, jangan baca hanya guna cermin mata, tapi bacalah juga dengan cermin hati, cermin diri, takut2 kita juga punyai ciri-ciri sedemikian .. maka kita juga tidak lepas dari azab Allah..

Macam ni rupanya Allah mendidik ..

mula-mula Dia ceritakan, Al-Quran itu punyai hikmah (rahsia).. buat orang-orang yang mukhsin.. ganjarannya Allah akan pelihara, dengan petunjuk dan rahmatNya dengan syarat mestilah penuhi ciri-cirinya.. Allah sebutkan juga kan ..

Lepas tu Allah peringatkan juga kita, tentang tabiat orang-orang yang tidak beriman yang Allah laknat mereka dengan azabNya... supaya kita tidak tergolong sebahagian daripada mereka .. supaya kita juga tidak terlalai dengan perbuatan mereka..

... moga kita dapat sama2 ambil manfaat dan peringatan..., insyaAllah..
Posted by author at 10:10 PM

Monday, February 20, 2006

Lil Mukhsinin

Saban hari kita mendampinginya, membacanya, menghafalnya.. apakah hanya sampai tenggorokan atau terus memasuki jendela hati dan menerangi jiwa, .. sampaikan kita terasa nikmat cinta dan kasih yang begitu suci; lebih agung dari cinta qais kepada lailanya, cinta itu menghubungkan hamba yang kerdil dengan Penciptanya ..

Ia sesuatu yang hidup!


Tilka ayaatul kitaabil hakeem - inilah ayat-ayat Quran yang mengandungi hikmah.
Hudan warahmatan - sebagai petunjuk dan rahmat.

Jelas benar, ia bukan sekadar ayat mati, ia bukan sekadar bait-bait puisi yang menjadi ucapan manusia.. Quran itu mengandungi cinta dan kasih sayang Tuhan, Dia hadirkan qalamNya yang menjadi penghubung petunjuk serta rahmatNya..

Tapi buat siapa?

Lil mukhsinin - bagi orang-orang yang berbuat kebaikan.

Nah, apakah kita tergolong mukhsinin? Bila berbuat kebaikan, apakah kita termasuk golongan yang disebutkan? Justeru bagaimana pula mereka yang tidak beriman? Di sekeliling kita ini juga ramai non-muslim yang menyumbang harta dan tenaga mereka untuk kebajikan.. bahkan kita lihat usaha mereka lebih lagi daripada muslim sendiri.

Waqodimnaa ilaa ma 'amilu min 'amalin fajja'alnaahu habaa an mansuuro
Dan Kami akan perlihatkan segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami akan jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan. (QS Al-Furqaan, 25:23)

Bagi orang-orang yang tidak beriman, kebaikan-kebaikan mereka bagai debu yang berterbangan; tidak ada nilainya di sisi Allah.

Justeru apakah ihsan?

Alhadis riwayat Muslim
An ta'budaLlaha kaannaka taraahu fainllam takun taraahu fainnahu yaraak.
Engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat Allah, jika engkau tidak melihatNya maka sesungguhnya Dia sentiasa melihatmu.

Itulah jawapan Rasulullah saw apabila ditanya perihal ihsan. Beramal, berlaku, berbuat baik dengan perasaan ma'iyatullah; merasakan kehadiran Allah. Hidup seakan-akan kita ini ada yang sentiasa mengawasi.

Alladziina yuqiimuunassholah, wayu'tuunazzakaata wahum bil aakhiroti hum yuuqinoon
(iaitu) orang-orang yang mendirikan solat, menunaikan zakat dan meyakini hari akhirat

Dalam ayat ini Allah menegaskan tiga ciri utama golongan mukhsinin.. yakni mendirikan solat, menunaikan zakat dan percaya dengan yakin kepada hari akhirat.

Andai direnung dengan lebih mendalam kita dapat melihat perintah menegakkan solat sebagai lambang hubungan manusia kepada Allah, zakat pula terkait dengan hubungan manusia sesama manusia .. seterusnya segala amal dilakukan kerana keyakinan menuju satu matlamat; yakni hari akhir bila mana segala amalan manusia dinilai dan dibalasi.

Seterusnya, tegas Allah lagi terhadap perintahNya - solat hendaklah ditegakkan/didirikan; bukan sekadar buat sebaliknya secara berterusan dan istiqomah sehingga solatatanha anil fahsyaar iwal munkar - yakni solat itu dapat mencegah kita dari melakukan perbuatan keji dan munkar.
(Robbana taqobbal minna - terimalah dari kami amal-aml kami - semoga hambaMu ini juga sentiasa dalam pemeliharaan)

Hablumminallah, hablumminannas.. baik dalam hubungan dengan Allah serta hubungan dengan manusia untuk mencari keredhaan Allah; begitulah kriteria yang Allah gariskan untuk orang-orang yang mukhsin.

Subhanallah, indahnya Islam, indah pula ayat-ayat yang disampaikan dari qalamNya. Maha Suci Allah!

Jom tengok sikit lagi ..

Ulaaika 'alaa hudammirrobbihim - mereka itu berada di atas petunjuk tuhan mereka.
Waulaaika humul muflihoon - dan mereka itulah golongan yang mendapat kejayaan.

Itu janji Allah! .. betapa bahagia dapat hidup di atas petunjuk Allah.. bahkan Allah janjikan pula kejayaan; bukan sahaja dunia malah akhirat; jelas kerana Islam membebaskan manusia dari kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat!

Awas ya, Allah menegaskan .. itu HANYA buat golongan mukhsinin!
Golongan yang berbuat kebaikan dengan keimanan kepada Allah. BENAR, sungguh Allah akan berikan petunjuk dan kemenangan; justeru mengapa kita masih lengah untuk mengerjakan perintahNya? Mengapa pula kita masih takut untuk menegakkan yang ma'ruf dan menegah yang munkar?
(ya Allah berilah hamba-hambaMu ini kekuatan!)

(to be continued, insyaAllah)
Posted by author at 4:54 PM
Archives
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
April 2006
July 2006
November 2006
May 2008
Recent Posts
Insyirah 02/08
Buat puteri-puteri tersayang..
Syeikh Ahmad Yassin
pinjam ruang sikit..tarikh: 11 Feb 2005 @ saginuma...
Prolog: satu kelahiran agung
lahwal hadis..
Lil Mukhsinin
RETAK
minggu nih ..
buktikan kecintaan kita padanya .. satu muqaddimah
Hafazan


Surah An-Naba' : Saad al Ghamidi


Surah An-Naazi'aat : Saad al Ghamidi


Surah 'Abasa : Saad al Ghamidi


Surah At-Takwir : Saad al Ghamidi


Surah Al-Infithaar : Saad al Ghamidi


Surah Al-Muthaffifin : Saad al Ghamidi


Surah Al Insyiqaaq : Saad al Ghamidi


Surah Al Buruuj : Saad al Ghamidi


Surah Ath Taariq : Saad al Ghamidi


Surah Al A'laa : Saad al Ghamidi


Surah Al Ghaasyiyah : Saad al Ghamidi


Surah Al Fajr : Saad al Ghamidi


Surah Al Balad : Saad al Ghamidi


Surah Asy-Syams : Saad al Ghamidi


Surah Al Lail : Saad al Ghamidi


Surah Adh Dhuhaa : Saad al Ghamidi


Surah Al Insyirah : Saad al Ghamidi


Surah At-Tiin : Saad al Ghamidi


Surah Al 'Alaq : Saad al Ghamidi


Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com