Fadhilat solat malam
Usrah 29 Oktober 2005, Saginuma
by Kak e
rujukan : siri fadhailul amal; maulana muhammad zakariya kandhalawi
Gomen, tak ingat kak e bentang hadis ke berapa hari tu .. tetapi satu daripadanya daripda Salman al-Farisi; yang mana manusia itu terbahagi kepada 3 golongan ;
1. malam harinya menjadi saat yang dinanti-nanti dan diberkahi Allah yakni bagi org2 yg beribadat pd malam hari
2. mlm harinya menjadi bebanan dan kutukan – orang2 yang membuat maksiat di malam hari.
3. malam harinya tidak untung dan tidak rugi – golongan yg selepas isya' mereka tidur
Then kak e kongsi kelebihan2 menghidupkan malam dengan qiyamullail;
Qiamullail juga adalah amalan nabi dan rasul, orang salih serta alim ulama.
Ibadat ini boleh dilakukan bersendirian atau berjemaah. Antara pengisiannya termasuk solat tahajud, bertasbih, bertahmid, berzikir dan membaca al-Quran.
Waktu yang dianjurkan qiamullail ialah sepertiga akhir malam.
Rasulullah sentiasa melakukan qiamullail dengan bersungguh seperti digambarkan dalam hadis daripada Aisyah yang bermaksud: “Bahawa Rasulullah bangun sebahagian daripada malam untuk mengerjakan solat hingga bengkak kedua-dua kakinya." Lalu aku berkata kepada Baginda : "Mengapa Rasulullah melakukan semua ini, bukankah dosa Baginda sudah diampunkan Allah sama ada yang terdahulu atau terkemudian?" Rasulullah menjawab: "Salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur?"
Dalam menjelaskan kelebihan sembahyang malam, Allah berfirman yang bermaksud: "Dan pada sebahagian malam hari, sembahyang tahajudlah kamu sebagai satu ibadat tambahan bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat terpuji." (Surah al-Isra, ayat 79)
Firman Allah dalam surah as-Sajdah ayat ke-16 dan 17, bermaksud: "Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya dan mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap, bahkan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Seorang pun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-macam nikmat) apa yang menyedapkan pandangan mata, sebagai balasan terhadap apa yang mereka kerjakan."
Semoga amalan qiam kita sepanjang Ramadhan menjadi tarbiyah yang berkesan untuk kita teruskan di hari2 mendatang ... nikmatilah malam untuk mendekatkan diri kepadaNya; untuk mendapatkan kecintaanNya.. moga terus istiqomah..
Posted by author at
3:30 PM