Wednesday, November 02, 2005

CINTA


Usrah 25 Jun 2005, Oyamadai
by Ummi Ayu


Ummi bagi pengisian ni sbb semua anak-anak dia bercinta. Ummi jelaskan cinta ni terbahagi kepada 2 :

  1. cinta berlandaskan iman
  2. cinta berlandaskan nafsu

"Anak-anak ummi nak tahu tak apa ciri-ciri cinta berlandaskan iman?"tanya ummi.

  1. cinta berlandaskan iman ini lahir semata-mata kerana Allah dan bukan kerana nafsu
  2. cinta berlandaskan iman juga akan kekal sehingga akhirat

"tapi ummi..apa contoh cinta berlandaskan iman?"tanya salah sorg anak ummi. "contoh cinta berlandaskan iman...

  1. cinta kepada Allah
  2. cinta kepada Rasul

"ooo.."serentak mereka mengangguk. "tapikan ummi..mcmana kita nak tahu kita bercinta?"sambil tersenyum ummi menjawab,"ada tanda2nya anakku"

  1. kita akan sentiasa ingat akan benda yang kita cintai itu. (8:2)
  2. kita akan buat sesuatu dgn bersungguh untuk benda yg dicintai
  3. akan sentiasa kagum dgn benda yg kita cintai
  4. kita akan berharap kepadanya
  5. kita akan taat padanya (4:80)
  6. kita akan takut padanya
  7. kita akan redha atas apa yg ditentukannya

huraian ummi membuatkan semua anaknya tersenyum. Ummi yakin anak2nya faham apa yg dijelaskan tadi. "Sekarang ummi nak berkongsi tentang tingkatan cinta"kata ummi. "waa..cinta pun ada tingkatan ye ummi,"seloroh salah sorang anak ummi."ada nak. terbahagi kepada 6 tingkatan cinta"

  1. kecintaan yg cenderung kepada kebendaan (kecintaan ini hendaklah dibendung jangan sampai ke tahap mudarat. Manusia banyak tergolong kpd kecintaan ini)
  2. kecintaan yg lebih kpd simpati kepada insan (ini antara ciri penting dlm berdakwah)
  3. kecintaan sesama muslim (mewujudkan ikatan persaudaraan yg baik dan utuh)
  4. kecintaan orang2 yg beriman (kecintaan untuk mendapat redha Allah)
  5. kecintaan terhadap Rasul dan Islam
  6. kecintaan kepada Allah (pengabdian diri hanya kepada Allah)

"anak2 ummi faham?"tanya ummi. "ummi, kenapa cinta kepada Allah tingkatan cinta ke 6 bukan pertama?"tanya sorg lagi anak ummi. kebingungan sebentar anak itu. "ooo..kecintaan ke 6 tu bukan maksudnya yg last..tapi yg paling tinggi. mcm sebuah bangunan, tingkat yg paling atas itulah umpama tingkatan ke 6 cinta,"jawab ummi dlm senyuman memikirkan anaknya yg kebingungan. Akhirnya ummi nampak secalit senyuman pengertian di mulut anaknya yg bertanya td. "Ada apa2 lagi persoalan?"tanya ummi. Semuanya menggeleng tanda tiada sebarang kemusykilan. "mmm..ummi harap semua faham. I.allah dlm perkongsian ilmu akan datang kita kongsi ilmu lain plak ye,"akhiri ummi dengan ketawa kecil.

wassalam..

Posted by mE_i_SaYa at 5:05 AM
Archives
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
April 2006
July 2006
November 2006
May 2008
Recent Posts
Salam Lebaran
break
Tokoh Islam : Zaid bin Harithah
Tafsir al-Qadr
Fadhilat solat malam
Fadhilat menghafal Al-Quran
Pintu-pintu Kebaikan dan Laluan Petunjuk
Kuliah online 15 Oktober 05 with sya
Hafazan


Surah An-Naba' : Saad al Ghamidi


Surah An-Naazi'aat : Saad al Ghamidi


Surah 'Abasa : Saad al Ghamidi


Surah At-Takwir : Saad al Ghamidi


Surah Al-Infithaar : Saad al Ghamidi


Surah Al-Muthaffifin : Saad al Ghamidi


Surah Al Insyiqaaq : Saad al Ghamidi


Surah Al Buruuj : Saad al Ghamidi


Surah Ath Taariq : Saad al Ghamidi


Surah Al A'laa : Saad al Ghamidi


Surah Al Ghaasyiyah : Saad al Ghamidi


Surah Al Fajr : Saad al Ghamidi


Surah Al Balad : Saad al Ghamidi


Surah Asy-Syams : Saad al Ghamidi


Surah Al Lail : Saad al Ghamidi


Surah Adh Dhuhaa : Saad al Ghamidi


Surah Al Insyirah : Saad al Ghamidi


Surah At-Tiin : Saad al Ghamidi


Surah Al 'Alaq : Saad al Ghamidi


Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com