Muslim - mencari pulang harta paling bernilai yang hilang
27 November 2005
Oyamadai ..
Syukur dipanjatkan pada Allah atas nikmatNya mempertemukan hati-hati yang berkumpul hanya untuk mencari keredhaan dan kecintaanNya ..
Alhamdulillah .. atas nikmatNya .. syukur ya Allah kerana sentiasa mengingatkan hati-hati kami atas nikmatMu yang paling berharga .. nikmat Islam dan Iman .. nikmat menjadi seorang muslim.. kerana sesungguhnya nikmat itu lebih berharga daripada jiwa-jiwa kami..
Alyauma akmaltulakum diinakum wa atmamtu 'alaikum ni'mati warodiitulakumul islamadiina (Al-Maidah : 3)"..pada hari ini telah kusempurnakan agamamu, telah kucukupkan padamu nikmatKu, dan telah Aku redha Islam sebagai agamamu."
Banyaknya umat Islam kini yang tidak sedar nikmat iman dan islam .. mereka mengaku muslim dengan menjunjung aqidah yang senget .. mereka mengaku muslim kerana mereka mengambil separuh dari Islam.. sedangkan dalam banyak perkara mereka ingkar terhadap perintah Allah..sedangkan dalam sekian-sekian hal mereka mengambil jalan-jalan yang Allah murkai.. sesungguhnya mereka berDUSTA apabila mereka mengaku seorang MUSLIM.
Muslim bukanlah satu bangsa.. muslim bukan satu keturunan, muslim bukan nama yang boleh ditukar ganti .. muslim bukan hanya satu pengakuan .. tapi ada ukuran ..
Muslim adalah mereka yang mengambil Islam sebagai pegangan, mengakui kehambaan terhadap Allah.. membenarkan dua kalimah syahadah dengan sepenuh jiwa..
Justeru itu yang membuatkan Muslim beda dari Kafir ... itulah juga yang menyebabkan Allah meninggikan darjat orang-orang Muslim dengan menjanjikan syurga dan segala kenikmatannya kepada orang-orang muslim sedangkan golongan kafir tempatnya di neraka yang penuh kehinaan..
Golongan kafir ialah mereka yang kufur nikmat Allah .. mereka yang jahil akan siapa tuhan mereka ... mereka menerima nikmat daripada Allah namun mereka ingkar terhadap perintahNya kerana kejahilan mereka . justeru Allah menjanjikan azab maha berat bagi mereka di neraka Jahannam..
Yang menjadikan beda muslim dengan kafir ialah pengetahuan .. bagaimana kita boleh menjadi seorang muslim yang sejati kalau kita tak kenal Allah, kalau kita tidak kenal Islam .. bagaimana kita ingin mengamalkan syariat kalau kita sendiri jahil tentangnya .. sebab itulah dalam Islam ... Allah mewajibkan umatnya menimba ilmu pengetahuan .. kerana ilmu ini yang akan jadi petunjuk untuk kita membezakan yang mana haq yang mana batil ..
Allah telah turunkan Al-Quran sebagai furqan (pembeda), sebagai petunjuk kepada kita .. Allah tidak zalim untuk menghukum hamba2Nya tanpa memberikan peringatan atau petunjuk .. sebaliknya Allah telah ajrkan pada kita dua jalan .. jalan menuju syurga dan satu lagi menuju neraka .. kemudian kebebasan pada manusia untuk memilih ..
(al-Lail : 5~10)Renung kembali nasib umat Islam kini ... muslim di seluruh dunia tidak lagi berada di puncak kekuasaan sebaliknya menjadi bahan hinaan dan amat rendah duduknya.. sana-sini kita dengar cerita saudara2 muslim ditindas dan dizalimi .. kenapa jadi begini .. sedangkan Islam agama yang benar ... bukankah Allah berjanji dalam Al-Quran, pertolongan bagi orang-orang beriman ..Cubalah kita lihat .. adakah kita mengamalkan Islam yang benar ... adakah muslim yang banyak bilangannya itu boleh diakui muslim dalam daftar Allah .. ? Tidak .. ramai kini yang mengaku muslim .. tak makan khinzir tapi telanjang di depan umum ... solat 5 kali sehari tapi masih berjudi .. agama mereka separuh .. tidak seluruh ..
Yang lebih menyedihkan golongan yang mengaku muslim namun tidak satu pun pada diri mereka yang menjadikan mereka berbeza dengan golongan kafir!
Tiada kefahaman pada agama .......
Inilah harta yang hilang daripada Muslim ... inilah yang menyebabkan orang-orang muslim sekarang berada pada taraf yang rendah .. inilah yang menyebabkan musuh2 kita semakin berani menindas..
Bangkitlah ..cari semula harta yang hilang ... kembalikan muslim pada aqidah yang lurus, ibadah yang sahih .. kefahaman yang benar .. kembalikan mereka pada Islam, pada Allah, dengan petunjuk dari Al-Quran serta ajaran Rasulullah saw.
InsyaAllah kita tak akan sesat selagi kita berpegang pada Al-Quran dan sunnah
Rasul .
Posted by author at
6:58 PM