Ukhuwwah - hati dan jiwa yang ditautkan dengan aqidah
Salam semua ...
Ingat lagi tak apa yang ummi cerita masa tazkirah Subuh masa usrah ..
13 November 2005
Saginuma
Surah An-Anfal : 63 .. Allah berfirman dalah ayat ni, maksudnya .. walaupun kamu membelanjakan seluruh kekayaan yang ada di bumi, niscaya kamu tidak akan dapat mempersatukan hati mereka..
Allah Maha Perkasa lagi Bijaksana.. mempersatukan hati orang-orang beriman.. Allahu Akbar!
Cantik tak apa yang Allah sebutkan dalam ayat tadi.. Dia mempersatukan ikatan persaudaraan antara mukmin kerana keimanan mereka.. itulah mukjizat kaum mukminin!
Al-Quran menegaskan ikatan ini tidak akan terjadi tanpa landasan iman dan kekuatan aqidah.. dan inilah ikatan asas yang dapat menyatukan dan meneguhkan muslimin.. Ikatan ini tidak dibatasi sempadan negara, batasan bangsa, keturunan mahupun kekuatan materi.. sebaliknya tertegak dengan iman dan taqwa .. itulah ukhuwwah
Cuba kita renung
ayat 9 surah al-Hasyr.. ingat tak kisah kaum Muhajirin (kaum Islam Mekah yang berhijrah ke Madinah) dan Ansar (muslimin Madinah)..? dalam ayat ni kita dapat lihat macam mana kaum Muhajirin ini disambut oleh orang-orang Ansar... apabila Muhajirin tiba, mereka disambut dengan penuh kecintaan, orang2 Ansar memberikan harta-harta mereka kepada Muhajirin.. tanpa rasa sedikit pun gusar terhadap apa yang mereka berikan kepada Muhajirin.. mereka masa tu pun bukanlah daripada golongan yang mewah.. tapi mereka sanggup berikan harta mahupun isteri2 mereka pada saudara2 Muhajirin .. sementara dalam hati mereka tidak sedikit pun menginginkan apa yang telah mereka berikan ... !
Kalau ikutkan mereka tidak saling mengenali sebelum hijrah .. tapi ikatan yang terjalin kerana IMAN telah melahirkan ITHAR dalam diri mereka.. Ithar ni maksudnya melebihkan saudara lebih daripada diri sendiri .. inilah tingkatan ukhuwwah yang paling tinggi..!
Macam nilah nilai persaudaraan dalam Islam... sifat beginilah yang akan menyatukan umat Islam; yang akan membuatkan musuh2 Islam gerun pada kita .. tapi adakah kita pada hari ini sedar pentingnya ukhuwwah? Boleh check diri sendiri sama ada kita peka terhadap kebajikan saudara-saudara kita.. adakah kita ambil berat pada mereka? Pernah kah kita hulurkan bantuan pada mereka, ataupun kita masih buat tak tahu pada kesengsaraan mereka ...
Ingatlah, tiada kesatuan tanpa kasih sayang.. itulah rahsia kekuatan kita, tunggak kejayaan kita.. Syaitan sering ingin mewujudkan perselisihan; memecahbelahkan namun dengan adanya kejernihan ukhuwwah, Allah tetap akan mempersatukan hati-hati..
Al-Anfal 46 : berbantah-bantahan punca hilang semangat dan kekuatan ..Harap anak-anak ummi pun dapat praktikkan, saling takaful dan ta'awun; saling bantu dan mengingatkan antara satu sama lain .. tingkatan ukhuwah yang paling rendah ialah kita bersangka baik pada saudara kita (husnudzon) .. sentiasa bersikap lapang dada terhadap saudar seislam..Firman Allah swt maksudnya "orang mukmin itu (lelaki dan perempuan) sebahagiannya menulong sebahagian yang lain"..
Beginilah sepatutnya .................................
Posted by author at
6:04 PM