Tafsir Al-Imran 1~15
27 November 2005
Oyamadai
Jom tadabbur Aali-Imran 1~15 sat .. syukuri petunjuk yang Allah sediakan pada kita .. Al-Furqan; yang menjadi pembeda antara yang haq dan yang batil.. patutkah kita pertikaikan petunjuk yang didatangkan daripada Maha Pencipta? .. sedangkan Dialah yang menguruskan kehidupan manusia; yang mengetahui setiap rahsia di bumi dan di langkit ..
Afala yatadabbaruunal qur'an...?Malangnya kita manusia.. tidak mahu mempelajari isi-isi Al-quran.. yang Allah turunkan kepada umat Muhammad saw untuk menjadi pegangan kepada manusia hingga akhir zaman .. tidak ada yang boleh mengambil pengajaran kecuali orang2 yang berakal ..
Usahlah kita mencontohi orang-orang kafir.. yang bagi mereka kepuasan pada harta dunia, keturunan, perhiasan ... sedangkan semua itu tidak berguna pada kita di hari pembalasan .. Mereka mendustakan ayat2 Allah sedangkan telah datang petunjuk bagi mereka .. bagi mereka azab Allah yang berat ..
Allah menguatkan barisan orang-orang beriman terhadap orang-orang kafir .. justeru yakinilah janji2 Allah, jangan gentar untuk berjuang di jalanNya .. bagi orang2 yang bertaqwa.. syurga Allah dan segala kenikmatanNya menanti di sana ....
Biarlah kita mendapat kemurkaan manusia kerana mencari redha Allah .. kerana amat celaka bagi mereka yang mencari redha manusia dengan mendapat kemurkaan Allah !
Rabbana latuzighqulubana ba'daizhadaitana wahablana minladunkarahmah innaka antal wahhab (8)Ya Allah, janganlah Kau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Kau berikan petunjuk kepada kami, kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, sesunggunya Engkau Maha Pemberi.
Posted by author at
6:40 PM