Tuesday, November 29, 2005

Tiada kompromi atas aqidah : Tafsir Al-Kafirun

Kaum-kaum kafir Quraisy ni sebenarnya dah mula give up, frust sebab Muhammad saw taknak stop dakwah pada Islam.. yelah mana depa tak heran.. depa dah offer pangkat Muhammad tolak .. harta pun baginda taknak .. wanita pun kena reject gak .. dalam hati mereka, Muhammad ni dah gila agaknya ..sanggup dia tolak semua yang menjadi rebutan manusia kerana ISLAM !

Muhammad saw bersabda;
"Walaupun mereka letakkan matahari di sebelah kananku, dan bulan di sebelah kiriku, aku sekali-kali tidak akan berundur dari urusanku ini sehinggalah Allah memenangkannya atau aku sendiri binasa kerannya"

Allahu Akbar!

Tidak mampu dinafikan lagi .. Muhammad saw membawa agama yang benar .. namun di hati-hati golongan kafir Quraisy ini tetap ada kecintaan pada kedudukan mereka .. yang menyebabkan mereka tidak mahu beriman kepada ajaran yang dibawa oleh Muhammad..

Jadik depa pun fikirlah .. apa lagi yang boleh ditawarkan kepada Muhammad saw agar dia dapat berenti daripada menyeru masyarakat Mekah mentauhidkan Allah ..

Pergilah mereka pada Muhammad .. dan cadangkan agar Muhammad try sembah berhala2 mereka dalam satu tempoh sementara mereka pulak try sembah Allah .. kata mereka lagi.. kalau dalam tempoh tu Muhammad temui kebaikan padanya, terserahlah kepadanya..

tengoklah betapa lemahnya pendirian mereka ..

Tapi Allah terus turunkan pada Muhammad saw... tidak ada kompromi bagi tawaran mereka ini.. dan golongan2 kafir ini tidak akan beriman kepada Allah..

Qul yaa ayyuhal kafiruun (1)
Katakanlah (Muhammad), Wahai orang-orang kafir

Laa a'buduma ta'budun (2)
Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah

Walaa antum 'abiduu namaa a'bud (3)
dan kamu tidak menyembah Tuhan yang aku sembah

Katakanlah wahai Muhammad kepada orang kafir yang anjal dengan kekufuran mereka.. mereka ini tidak mempunyai apa-apa kebaikan dan tiada harapa akan beriman .. katakan kepada mereka .."Aku sama sekali tidak akan menyembah tuhan2 yang kamu jadikan perantara kepada Allah. Kamu menyembah tuhan berhala dan patung. Sedangkan aku menyembah Allah yang Maha Esa, tiada yang setara denganNya.. tiada apa yang menjadi perantara kepadaNya.. terlalu jauh beza antara Tuhan yang aku sembah dengan tuhan yang kamu sembah. Maka aku sama sekali tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak akan menyembah Tuhan yang aku sembah"

Walaa ana 'abidummaa 'abadtum (4)
Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah

Walaa antum 'abiduunamaa a'bud (5)
Dan kamu pula tidak pernah menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah

Ayat 4 dan 5 pula menekankan perbedaan dalam ibadat. Ibadat Nabi adalah suci murni, tidak dikotori dengan syirik dan tidak disertakan dengan alpa tentang sembahan ..sementara ibadat kaum kafir semuanya dipenuhi dengan penyekutuan dan perantaraan tanpa beramal .. bagaiman ia mungkin ia boleh bertemu ... mustahil utk Nabi menerima tawaran mereka!

Begitulah letaknya aqidah yang benar.. sesekali tidak ada ganti bagi Allah.. tidak ada sekutu baginya ..

.. dan kesimpulan yang mudah ...

Lakum diinukum waliyadiin (6)
Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.
Posted by author at 7:36 PM
Archives
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
April 2006
July 2006
November 2006
May 2008
Recent Posts
Muslim - mencari pulang harta paling bernilai yang...
Tafsir Al-Imran 1~15
Ukhuwwah - hati dan jiwa yang ditautkan dengan aqidah
Terima kasih anak-anak ummi..
Meh anak2..balik raya umah ummi!
Dermawan Makin Kaya
CINTA
Salam Lebaran
break
Tokoh Islam : Zaid bin Harithah
Hafazan


Surah An-Naba' : Saad al Ghamidi


Surah An-Naazi'aat : Saad al Ghamidi


Surah 'Abasa : Saad al Ghamidi


Surah At-Takwir : Saad al Ghamidi


Surah Al-Infithaar : Saad al Ghamidi


Surah Al-Muthaffifin : Saad al Ghamidi


Surah Al Insyiqaaq : Saad al Ghamidi


Surah Al Buruuj : Saad al Ghamidi


Surah Ath Taariq : Saad al Ghamidi


Surah Al A'laa : Saad al Ghamidi


Surah Al Ghaasyiyah : Saad al Ghamidi


Surah Al Fajr : Saad al Ghamidi


Surah Al Balad : Saad al Ghamidi


Surah Asy-Syams : Saad al Ghamidi


Surah Al Lail : Saad al Ghamidi


Surah Adh Dhuhaa : Saad al Ghamidi


Surah Al Insyirah : Saad al Ghamidi


Surah At-Tiin : Saad al Ghamidi


Surah Al 'Alaq : Saad al Ghamidi


Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com