Bapa mana yang tidak risau bila anaknya hilang..ibu mana yang tidak tangisi ketiadaan anak yang dikandung 9 bulan di sisi...Setelah mengetahui di mana Zaid berada, pencarian bertahun lamanya seorang ayah berakhir. Sewaktu berdepan dengan Rasulullah meminta kembali anak yang dirindui, Haritsah berkata "Wahai Ibnu Abdul Mutalib, wahai putera dari pemimpin kaumnya, anda termasuk penduduk Tanah Suci yang selalu membebaskan orang yang tertindas, yang suka memberi makanan kepada tawanan, kami datang ini ingin meminta kembali anak kami. Sudilah kiranya menyerahkan anak itu kepada kami dan bermurah hatilah menerima wang tebusan seberapa adanya"
Antara rasa kasih sendiri terhadap Zaid dan hak seorang ayah terhadap anaknya, Rasulullah membalas, "Panggillah Zaid ke sini untuk memilih sendiri. Andainya dia memilih anda, maka akan dikembalikan kepada anda tanpa tebusan. Andainya dia memilihku, maka Demi Allah aku tidak mahu menerima tebusan dan tidak akan menyerahkan orang yang telah memilihku.""tiada lain pilihanku kecuali kamu. Kamulah ayah dan kamulah pakcikku"Itulah pilihan yang dibuat Zaid yang membuatkan mata Rasulullah basah kerana terharu dan bersyukur.
Hidup diabadikan demi Islam. Kekuatan Islam yang pernah maju ke medan Perang Al-Jumuh panglimanya adalah Zaid. Kekuatan askar-askar Islam yang bergerak maju ke medan pertempuran At-Tharaf, Al-'Ish, Al-Hismi, dan lainnya, panglima pasukan juga adalah Zaid bin Haritsah. Sehinggakan 'Aisyah r.a pernah berkata,"setiap Nabi mengirimkan Zaid dalam satu pasukan, pasti dia diangkat menjadi panglimanya". Akhirnya datanglah Perang Mut'ah. Rasulullah tahu erti penting dan bahaya perang ini. Oleh itu baginda sengaja memilih tiga panglima yang di waktu malam bertaqarrub mendekatkan diri kepada Allah dan di waktu siang pendekar pejuang pembela Islam.
Di depan sekali Zaid tangkas, memegang teguh panji Rasulullah mara menuju pihak lawan. Bukan kemenangan semata, tetapi janji Allah yang dicari. Zaid tidak sempat melihat pasir Balqa' Romawi tetapi terus terbayang keindahan taman-taman syurga. Akhirnya Zaid gugur sebagai shuhada'. Roh yang dalam perjalanan ke syurga tersenyum bangga melihat jasad tidak berbungkus sutera mahal tetapi hanya berbalut darah suci yang mengalir fisabilillah. Senyuman semakin melebar melihat tentera kedua pantas maju ke depan untuk menyambut panji yang dipegangnya sebelum jatuh ke tanah...
Semoga Zaid bahagia di sana...Aminn...
|